Macam-macam cara digunakan oleh anak muda di China untuk mencari pendapatan lantaran persaingan sengit dan kekurangan peluang pekerjaan.
Aplikasi Tinder yang bertujuan mencari jodoh rupanya telah ‘disalahguna’ untuk mencari kerja.
Mereka dilapor memanfaatkan aplikasi cari jodoh itu untuk berhubung dengan kenalan profesional.
“Saya hanya mahu berkenalan dengan individu yang terbabit dalam industri yang saya ingin sertai iaitu teknologi,” kata belia China, Jade Liang, 26.
Lapor NBC News, Liang memberitahu mengenai niatnya dengan jelas kepada kenalan dalam talian Tinder itu.
Mengujakan, kata Liang seorang pelajar sarjana di Shanghai, respons diterimanya sangat menggalakkan.
Menurutnya, dia mula menjadikan Tinder sebagai laman mencari pekerjaan selepas melihat hantaran viral di aplikasi Xiaohongshu iaitu platform menyamai Instagram dibangun China itu memaklumkan memperoleh pekerjaan menerusi aplikasi janji temu China.
“Dengan menggunakan aplikasi temu janji, kita menjangkau lebih ramai orang. Biasanya, kita perlu tempoh masa untuk rapat dengan orang.
“Namun dengan aplikasi ini, kita boleh dapat banyak maklumat hanya bergaul dengan orang tidak kita kenali selama beberapa jam,” katanya.
Pengangguran dalam kalangan belia China menyaksikan 21.3 peratus anak muda di negara itu direkod pada Jun tahun lalu.
Susulan ‘trend’ cari kerja dalam aplikasi cari jodoh itu, jurucakap Tinder tampil bersuara.
“Tinder bukan tempat untuk mempromosi perniagaan bagi menjana wang,” kata jurucakap syarikat itu dalam kenyataan kepada NBC News.
Sementara itu, Romy Liu berkata, menerusi perspektif majikan, mencari peluang pekerjaan melalui Tinder memperlihatkan pemohon mempunyai ‘kemahiran sosial yang kuat’.
“Saya berpandangan mereka yang boleh mendapat pekerjaan menerusi kaedah ini adalah sangat hebat,” katanya yang sebelum ini bekerja untuk syarikat carian eksekutif di bandar Hangzhou.
Namun, ujarnya, bukan semua majikan melihat pendekatan cari kerja di Tinder sebagai baik.
Liu berkata, anda mungkin akan disenarai hitam jika majikan seperti syarikat berkaitan kerajaan mengetahui wujud pencarian kerja menerusi Tinder.
Baca:
Puluhan tahun hidup sebatang kara, tak sangka jumlah wang disimpan pengemis ini buat mata terbeliak
Masalah air lenyap lagi 4 tahun, ini usaha kerajaan negeri Kelantan termasuk minta PM Anwar tolong