Realtime website trackingweb stats

Cara simpan petai tahan lama, tetap segar dan tak kecut, no 2 paling penting kena buat

Oleh AHMAD ISMAIL

Ini dia tips kepada anda yang gemar makan petai cara menyimpan petai supaya tahan lebih lama.

Cara-caranya:

1. Simpan dalam bekas berair

Cara simpan petai tahan lama, tetap segar dan tak kecut, no 2 paling penting kena buat

  • Kopek petai dari kulit, belah dua untuk lihat sama ada ulat atau tidak. Lalu basuh bersih bagi mengelakkan petai dari rosak .
  • Masukkan petai dalam balang jenis kaca atau bekas plastik yang bersih dan isikan air sehingga kesemua petai tenggelam.
  • Jika suka masukkan beberapa tangkai cili bersama (mengikut selera masing-masing)
  • Simpan balang kaca atau bekas plastik tersebut dalam peti sejuk belah bawah.
  • Pastikan tukar air petai 2 kali seminggu bagi mengelakkan air busuk dan petai menjadi rosak.

2. Bilas dengan air panas

  • Cara ni paling jarang orang tahu tapi anda boleh cuba. Masak air hingga sehingga mendidih ataupun sediakan air panas .
  • Kopek kulit petai dan cuci bersih dengan menggunakan air paip, lalu tuangkan air panas ke dalam mangkuk petai dan kacau petai selama 5 minit dan toskan petai tersebut.
  • Sediakan bekas lain letakkan ais batu dan isikan air sejuk, lalu masukkan petai yang telah ditoskan kedalam air yang berisi ais.
  • Kacau menggunakan sudu selama 2 minit. Kemudian toskan petai. (penggunaan air sejuk boleh menghentikan pemanasan dan mengekalkan kerangupan pada petai.
  • Selepas ditoskan, lap petai guna tisu dapur sehingga kering dan masukkan petai ke dalam plastik atau bekas kedap udara.

Simpankan kedalam freezer.

Dengan menggunakan cara ni anda boleh membuat petai bertahan sehingga 1 tahun.

3. Bekukan dalam peti sejuk (10-15 minit)

  • Caranya kopek kulit petai dan basuh sehingga bersih, lalu siapkan air garam dan rendam petai selama 10-15 minit.
  • Setelah itu bilas petai dengan air bersih dan toskan.
  • Kemudian, masukkan petai ke dalam bekas dan masukkan ke dalam freezer dan bekukan (Elakkan masukkan air ke dalam bekas petai).

Sebelum masak rendamkan petai beku ke dalam air biasa sehingga ais cair.

Anda boleh cuba cara ni apabila beli petai dalam kuantiti yang banyak.

Dengan cara ini juga boleh kekalkan khasiat, kesegaran dan kerangupan pada petai.

Semoga bermanfaat.

Baca:

Ramai salah sangka simbol ‘rock’, rupanya ini maksud sebenar gaya tangan Tunku Azizah

Bermula dengan merokok di tandas sekolah, ini yang berlaku pada hari SPM

Heboh Siti Nordiana pakai baju pengantin, ada majlis besar Mei nanti