Realtime website trackingweb stats

Cara rebus Barli yang betul kalau nak rasa sedap

Oleh ABDULLAH HAMID

Barli jika nak rebus ada caranya, barulah bila minum rasa sedap. Stok barli ini elok kalau kita sediakan saja dalam peti sejuk supaya boleh diminum pada bila-bila masa saja.

Bagaimanapun untuk mendapatkan khasiat barli yang sepenuhnya kenalah rebus dan ambil cara yang betul supaya dapat khasiatnya.

Kaya dengan serat, barli mampu mengawal gula dalam darah, menurunkan paras kolesterol selain membantu menurunkan tekanan darah.

Dikongsi oleh Mastura Rashid ini cara masak barli dan pengambilan yang boleh dipraktikkan.

Barli penuh khasiat, ini cara masak dan makan barli yang boleh dipraktikkan.

Cara rebus Barli yang betul kalau nak rasa sedap

Barli Kalau Nak Rasa Sedap, Cara Rebus Ada Tekniknya

Waktu mengandung dulu, setiap kali kena kencing kotor, saya mesti akan minum air barli. Alhamdulillah berkesan sangat untuk lancarkan semula kencing. Hilang terus rasa pedih dan tak puas kencing.

Minuman barli ni juga jadi pengalas perut waktu morning sickness teruk hingga tak lalu makan dan minum. Kalau demam pula, saya akan minum air barli yang diperah sedikit lemon. Kejap dah kebah. Badan pun sedikit bertenaga. Boleh bagi pada anak-anak kecik juga.

Cara Rebus Ada Tekniknya

1. Rendam barli semalaman atau paling tidak pun, 2 jam supaya lembut.

2. Masak barli dengan air yang banyak macam masak bubur kosong. Boleh tambah daun pandan.

3. Masak barli hingga pecah. Api perlahan je tau. Selagi tak pecah, selagi tu dia masih kenyal dan tak sedap sangat dimakan.

4. Dah siap, tutup api. Boleh buat air macam saya buat dalam gambar. Tambah sedikit saja gula. Biji tu saya suka ratah.

5. Jika diminum untuk kesihatan, elakkan minum sedap. Maksudnya manis dengan gula.

Barli Kalau Nak Rasa Sedap, Cara Rebus Ada Tekniknya

Sejak kecil lagi, mak akan masak barli sekurang-kurangnya seminggu sekali. Biasanya memang dibuat minuman. Biji barli dimakan seperti bubur. Saya boleh ratah barli ni bercawan-cawan sampai tersandar kekenyangan.

Boleh masuk dalam nasi juga

Kakak ipar yang berbangsa Korea pula suka tanak nasi dengan mencampurkan sedikit biji barli. Nasi yang ditanak begini ada sifat anti-kanser. Caranya jika masak 3 pot beras, nisbahnya 2:1 iaitu 2 pot beras, 1 pot barli.

Rendam dulu barli ya bagi lembut dan adjust kuantiti barli ikut kesukaan. Tak perlu ikut nisbah betul-betul.

Untuk wanita yang ada masalah keputihan berketul-ketul, amalkan minum air barli setiap hari okeh. Insya-Allah ini salah satu natural remedy terbaik selain dari makan yogurt dan citrus fruits.

BACA: Semudah itu Khairul Aming padam amarah netizen, cara KA buat ramai puas hati