Realtime website trackingweb stats

Cara ‘rasmi’ lesung batu, ada petua nak cuci sebelum guna

Oleh NURAIMAN

Ramai yang mungkin tidak sedar bahawa lesung batu baharu memerlukan ‘perasmian’ sebelum digunakan buat kali pertama.

Jika tidak, serpihan halus atau debu dari proses pembuatannya boleh bercampur dengan bahan makanan.

Seorang suri rumah dengan akaun TikTok icookweeat berkongsi petua penting

untuk memastikan lesung batu anda bersih sepenuhnya sebelum digunakan:

“Proses ini penting untuk membuang serpihan atau serbuk yang ada di dalam lesung batu itu.

Cara ‘rasmi’ lesung batu, ada petua nak cuci sebelum guna

Kalau belum pernah buat sebelum ini, masih sempat untuk mencuba sekarang.”

Berikut adalah langkah mudah yang dikongsikan:

Cara Membersihkan Lesung Batu Baharu
Rendam semalaman

Tuangkan air ke dalam lesung batu dan rendam semalaman. Tidak perlu menggunakan sabun.
Tumbuk beras

Keesokan harinya, keluarkan lesung batu (dalam keadaan basah) dan masukkan satu sudu besar beras.

Tumbuk beras tersebut hingga lumat, sambil meratakan ke seluruh permukaan dalam lesung batu.

Lihat perubahan warna

Setelah beberapa minit, anda akan lihat warna beras bertukar kekelabuan. Ini menunjukkan debu dan serpihan dalam lesung batu telah ditanggalkan.

Bilas dengan air bersih

Bilas lesung batu menggunakan air bersih. Kini, lesung batu anda sudah siap digunakan!

Selamat mencuba! Semoga tips ini memberi manfaat dan memastikan makanan yang anda hasilkan lebih bersih dan selamat.

BACA: Selesai masalah rumah sering diceroboh monyet DIY saja alat khas ini