Realtime website trackingweb stats

Cara nak berjoli dengan bijak… cuba ikut formula ‘50-30-20’ boleh bertahan sampai hujung bulan

Oleh NURAIMAN

Pelbagai panduan kewangan tersedia untuk membantu masyarakat, namun ada yang merasakan ia terlalu rumit,

Terutama bagi mereka yang kurang pengetahuan asas dalam bidang ini.

Seorang penasihat kewangan dikenali sebagai Financial Faiz telah berkongsi formula mudah di TikTok

Tujuannya untuk membantu individu mengurus perbelanjaan bulanan dengan lebih bijak.

Menurut Faiz, pengurusan perbelanjaan adalah aspek terpenting dalam kewangan, namun ramai yang terlepas pandang atau tidak melakukannya dengan betul.

Cara nak berjoli dengan bijak... cuba ikut formula ‘50-30-20’ boleh bertahan sampai hujung bulan

“Prinsip saya adalah untuk memastikan pengurusan perbelanjaan itu ringkas dan mudah difahami. Saya sarankan formula 50-30-20, ia adalah kaedah terbaik untuk semua,” katanya.

Berikut adalah pecahan formula yang dikongsikan:

50% untuk keperluan asas seperti tempat tinggal, pakaian, dan makanan.

30% untuk kegunaan peribadi atau hiburan (berjoli).

20% untuk simpanan.

Faiz menegaskan bahawa bahagian simpanan (20%) tidak boleh dikompromi.

“Sebagai contoh, jika gaji bulanan anda RM3,000, tolak terus RM600 untuk simpanan. Jadi, sepanjang bulan anda akan berbelanja seolah-olah gaji anda hanya RM2,400. Ini akan membantu anda mengelak daripada terbabas dalam perbelanjaan,” jelasnya.

Kesalahan Umum dalam Pembahagian Perbelanjaan
Namun, Faiz turut mengingatkan tentang kesilapan biasa yang dilakukan ramai ketika mengurus komitmen hidup.

“Kalau komitmen hidup tinggi, kurangkan peratus untuk berjoli. Tetapi, ada juga yang salah faham maksud saya.

Contohnya, ada individu yang menyewa rumah mewah dengan alasan ia adalah komitmen hidup.

Padahal, rumah yang lebih sederhana sesuai dengan kemampuan sudah memadai. Jika memilih rumah mewah hanya kerana ingin hidup selesa, itu sebenarnya termasuk dalam kategori berjoli,” tambahnya.

Faiz turut menekankan pentingnya memasukkan insurans takaful dalam kategori keperluan asas.
“Ini wajib. Pastikan ia dimasukkan dalam bajet komitmen hidup anda,” pesan beliau.

BACA: Netizen terhibur tengok saiz bonggol di Sabah yang sangat comel