Realtime website trackingweb stats

Cara mujarab matikan rumput pasti jadi, sembur waktu pagi, esok terus ‘clear’!

Oleh ARIF ABDULLAH

Baru-baru ini, selepas membersihkan rumput di halaman, tetapi dalam tempoh kurang dari sebulan, rumput kembali tumbuh.

Adalah menjengkelkan dan menyakitkan hati apabila rumput liar mula memenuhi halaman, sama ada halaman itu kecil atau besar.

Selain menggunakan racun serangga, terdapat satu cara yang lebih mudah tetapi berkesan yang boleh kita lakukan sendiri untuk memusnahkan rumput di halaman.

Menurut Johari Kamal Jer, hanya dengan menggunakan campuran garam kasar, cuka, pencuci pinggan, dan air panas, rumput akan cepat mati, tanpa mengira jenisnya.

Johari menyatakan bahawa cara ini telah diamalkan sejak lama dan terbukti berkesan.

Cara mujarab matikan rumput pasti jadi, sembur waktu pagi, esok terus 'clear'!

“Selepas disembur pagi, esoknya semua rumput akan layu. Apa jenis rumput pun, semuanya mati,” katanya.

Berkongsi cara mematikan rumput katanya sediakan bahan berikut;

500 gram garam
1 botol cuka
1 periuk kecil air panas
2-3 titis pencuci pinggan (Sun Light)

Caranya

1. Bancuh garam dan cuka dengan air panas hingga sebati. Kemudian titis pencuci pinggan ke dalam bancuhan.

2. Kemudian masukkan dalam pam dan boleh sembur pada rumput. Jika sembur waktu pagi, esok akan nampak hasilnya, semua ‘clear’.

3. Lakukan setiap bulan supaya rumput tak tumbuh lagi.

-Kegunaan pencuci pinggan adalah sebagai pelekat semburan pada daun dan tanah.
-Pastikan basuh pam selepas digunakan untuk mengelakkan karat kerana kandungan air garam.

BACA: Ini cara perbaharui lesen dan cukai jalan atas talian buat ‘runner’ tak senang hati