Sudah pasti menjadi rutin setiap malam bagi ibu bapa untuk menukar jadual pembelajaran mereka.
Situasi ini boleh berterusan berbulan-bulan lamanya selagi ibu bapa terus terlibat dalam pengajaran anak.
Ada yang melakukannya sehingga akhir tahun, baik untuk sekolah kebangsaan mahupun sekolah agama.
Dalam masa yang sama, anak perlu dilatih untuk menguruskan jadual mereka sendiri.
Ibu bapa perlu mencari cara yang memudahkan anak dalam menukar jadual mereka.
Berikut adalah dua cara yang boleh digunakan oleh ibu bapa:
Tulis Semula Jadual dalam Susunan Mudah dan Frame
Cara pertama yang dikongsi oleh Ummu Noor Atikah Hashim adalah dengan menulis semula jadual dalam susunan yang mudah difahami anak dan kemudian ‘diframekan’.
“Masa anak saya di Tahun 1, saya sudah buatkan jadual kelas seperti ini untuk anak. Tahun ini anak sudah Tahun 2, minggu pertama sahaja saya tolong salinkan jadual, selepas itu anak sudah boleh buat sendiri,” katanya.
Menulis jadual dan meletakkannya dalam frame seperti ini sangat memudahkan anak saya untuk menyalin jadual sendiri. Anda boleh cuba jika rasa praktikal untuk anak-anak anda.
Tambahnya, jika jadual kelas anak berubah pun tiada masalah. Cuma tulis jadual yang baru dan letakkan dalam frame.
Masukkan Semua Buku dalam Satu Fail dan Tulis Hari
Tip kedua dikongsi oleh Fariha Norbaya. Beliau menggunakan sistem fail untuk anak.
Caranya adalah dengan menyediakan satu fail untuk setiap subjek. Beli fail yang boleh memuatkan buku teks bersama buku latihan. Ini memudahkan untuk memasukkan semua buku dan saiznya sesuai untuk masuk dalam beg sekolah. Pada fail tersebut, letakkan label:
-Nama anak
-Nama kelas
-Subjek
-Hari
Anak hanya perlu melihat hari yang tertera pada fail dan terus memasukkan buku yang diperlukan dalam beg. Setiap fail sudah mengandungi semua buku yang berkaitan untuk satu subjek.
Risiko untuk tertinggal buku juga kurang dengan cara ini. Selain itu, buku juga lebih terjaga.
Ibu bapa boleh memilih cara yang paling mudah, tetapi yang penting adalah mengajar anak untuk melakukannya sendiri.
BACA: Nampak sama tapi kegunaan 2 jenis plug ini berbeza, ramai tersalah pilih