Bukan sahaja menabung untuk masa depan kita, menabung untuk simpanan juga amat penting untuk anak-anak kita
bagi memastikan mereka dapat menjalani kehidupan yang selesa malah mempunyai simpanan sendiri untuk pengajian masa hadapan.
Walaupun begitu, pergi ke bank bukanlah alasan yang tepat semasa ekonomi tak stabil ini.
Ada baiknya ibu bapa terus menabung mengikut cara yang dikongsikan oleh Mohd Shukri Zulkipli. Ia lebih pantas dan yang terbaik, ia percuma!
Jimat duit dengan buat simpanan secara percuma ke Tabung Haji.
Apakah yang perlu anda lakukan jika anda sentiasa mahu memasukkan wang ke dalam akaun TH anda?
1. Pergi ke cawangan?
2. Guna ATM?
3. Potong gaji?
4. Pindahan bank dalam talian?
5. Atau dengan cara lain?
Zaman sekarang ini, sebaiknya tak perlu la gerak ke sana sini.
Kalau sebelum ni nak transfer duit dari Maybank ke TH ke Bank Islam atau bank lain, dia caj RM1 setiap transaksi. Kadang-kadang sesetengah orang tidak menyedari caj tersebut.
Tetapi jika anda ingin memindahkan wang secara percuma, anda boleh menggunakan kaedah ini. Betul, ia percuma, Tabung Haji tidak mengenakan sebarang bayaran.
1. Log masuk ke perbankan dalam talian pilihan anda, contoh Maybank:
2. Pilih JomPAY
Tabung haji maybank
3. Isikan maklumat transaksi yang diperlukan dan sahkan transaksi
*Biller Code – 60228
*Biller Code Name – Tabung Haji-Deposit
*Ref-1 – Nombor akaun TH (15 digit)
*Ref-2 – jika ada
*Jumlah (RM) – Amaun yang hendak dimasukkan
4. Ikut arahan sehingga selesai!
Hanya akaun Tabung Haji yang aktif akan dikreditkan, jika tidak dana akan dikembalikan.
Maklumat Lanjut
Pendeposit dinasihatkan untuk menghubungi THCC di +603-6207 1919 atau menggunakan aplikasi THiJARI untuk menyemak status akaun TH mereka.
Selamat beramal. Jangan tunggu lagi. Isi TH anda dengan sekurang-kurangnya RM10k.
BACA: Bengang kereta penuh lipas, lelaki ini kongsi cara ‘confirm’ jadi