Realtime website trackingweb stats

Cara mudah nak hilangkan cacing pada kanak-kanak, bahannya pun ada di dapur

Oleh NUR KASIH

Mudah sebenarnya nak hilangkan jangkitan cacing yang kerap ditemui dalam kalangan kanak-kanak.

Bahannya pun memang ada di dapur. Sebelum itu, kena tahu dulu bahawa sebahagian daripada cacing ini memasuki tubuh manusia melalui makanan yang tercemar.

Kanak-kanak juga diingatkan basuh tangan sebelum makan kerana tangan yang tidak bersih berisiko tinggi mengandungi telur cacing.

Cara mudah nak hilangkan cacing pada kanak-kanak, bahannya pun ada di dapur

Cacing kait dan cacing benang pula berupaya memasuki tubuh melalui penetrasi kulit oleh larva cacing berkenaan tanpa disedari.

Ini berlaku terutama apabila terdapat kontak anggota tubuh dengan tanah, terutama apabila seseorang tidak memakai kasut.

Gejala akibat jangkitan cacing adalah sakit perut yang memulas, loya, muntah dan cirit birit.

Bergantung pada jenis spesis cacing, sebahagian individu turut mengalami gejala anemia (kurang darah merah) dan juga terdapat pendarahan dalam najis.

Implikasi ketara akibat jangkitan cacing adalah kesan negatif terhadap pertumbuhan kanak-kanak terutama mereka dalam kelompok kurang lima tahun.

Ikuti petua dikongsikan Wan Normala Yusoff ini:

Ini tips turun temurun macam mana nak hilangkan cacing pada kanak-kanak.

Bolehlah cuba untuk anak-anak. Manalah tahu dengan izin Allah SWT menjadi.

Mudah je caranya, hanya perlu sediakan bahan berikut:

  • Asam keping
  • Garam
  • Air

Cara-caranya:

1. Masukkan asam keping dan garam ke dalam periuk.

2. Masukkan air dan rebus sehingga garam larut.

3. Angkat dan campurkan dengan air biasa.

4. Mandikan anak anda 2 kali sehari setiap pagi dan petang.

Amalkan selama dua atau tiga hari. Akan ada perubahan pada anak.

Selalunya kalau anak kena cacing selera makannya kurang.

Insya-Allah selepas amalkannya, anak akan lalu makan tanpa dipaksa.

Selamat mencuba.

Baca:

Polis trafik mintak RM100, saman trafik makin efisyen?- Netizen

Bayaran STR naik dari RM300 ke RM500 akan dikredit ke akaun mulai hari ini

Pasal ‘sebab boleh dik’, lelaki ini dilabel perosak – Azri Walter ‘jentik’ ibu bapa