Habuk tebal pada bilah kipas boleh mengganggu aliran udara, menyebabkan bilik lambat sejuk.
Namun, membersihkannya secara berkala sering dianggap remeh
kerana melibatkan beberapa langkah seperti membuka sangkar kipas dan mencabut bilah.
Melalui satu perkongsian di Facebook, seorang wanita bernama Alosnida Musa mendedahkan cara mudah agar bilah kipas kekal bersih dan sukar dihinggapi habuk.
“Sampai dua hingga tiga bulan pun bilah kipas masih bersih, lambat berhabuk,” kata Alosnida.
Dengan teknik ini, anda boleh menjimatkan masa dan tenaga. Jom lihat langkah-langkahnya!
Bahan-Bahan:
Pelembut fabrik
Cuka makan
Botol penyembur
Cara-Cara:
Bersihkan jaring dan bilah kipas seperti biasa.
Sediakan campuran dengan nisbah 1:1:1 bagi pelembut fabrik, cuka makan, dan air. Gaul rata.
Masukkan campuran ke dalam botol penyembur untuk memudahkan penggunaan.
Sembur campuran secara sekata pada bilah dan jaring kipas, kemudian biarkan selama lima minit.
Akhir sekali, lap permukaan kipas dengan kain lembap.
Hasilnya, habuk akan sukar melekat pada bilah kipas hingga dua atau tiga bulan.
Ulang proses ini secara berkala untuk mengekalkan kebersihan.
Selamat mencuba, semoga bermanfaat!
BACA: Banyak kali ular masuk bilik air… ini cara kunci ‘drain hole’ elak dia masuk semula