Anda pernah perasan tak, setiap kali masak terung goreng, terung tu mesti serap minyak dan jadi lembik?
Sebenarnya, ada satu cara yang boleh dicuba untuk mengelakkan terung tu serap minyak.
Doktor Rizal Abu Bakar berkongsi di Facebooknya yang hanya dengan meletakkan satu bahan ni, terung tak akan serap minyak.
Maknanya, anda boleh nikmati terung goreng dengan lebih sihat!
Nak masak terung tapi takut terung serap minyak?
Ada tip untuk elakkan masalah tu.
1. Taburkan garam pada kedua belah terung yang dipotong. Biarkan selama 45 minit hingga sejam.
2. Selepas itu, gunakan kain bersih. Lap pada kedua belah terung untuk mengeringkannya. Jangan bilas dengan air.
3. Terakhir, balut terung dengan tepung ubi kayu.
Bagi saya, cara paling mudah ialah hanya dikukus.
Untuk sedikit perubahan, tumis dengan bawang putih dan sedikit minyak zaitun.
Cara ini membantu untuk mengekalkan nutrisi dalam terung sebanyak mungkin.
Sesiapa yang tidak makan terung rugi kerana antioksidan dalam terung sangat kuat seperti:
• Solasodine rhamnosyl glycosides (SRGs)
• Asid klorogenik
• Sumber penawar kanser
• Membantu mendorong proses kematian sel yang rosak
• Kemampuan untuk membunuh sel yang berbahaya
• Terung dikenal pasti sebagai salah satu sayuran yang membantu memperbaiki kerosakan DNA dan mencegah mutasi sel menurut satu kajian dalam jurnal Mutation Research pada tahun 2019.
Tidak kalah hebatnya kebaikan terung.
Jangan lupa untuk mencubanya!
Baca:
Model ‘prank’ Ain Edruce bagi bunga pada suami, reaksi spontan bangkit dari kerusi tidak disangka
Memang ada permohonan tapi konsert kontroversi Choii tiada kelulusan negeri Kedah
Peningkatan insiden keganasan di Gaza punca PM Palestin letak jawatan, cadang langkah politik baharu