Realtime website trackingweb stats

Cara jimat hilangkan watermark pada cermin kereta, ikut 2 langkah mudah ini pasti jadi

Oleh ARIF ABDULLAH

Jika kereta anda sering terdedah di tempat terbuka, pasti anda pernah mengalami masalah kotoran ‘watermark’ pada tingkap kereta.

Masalah ini tidak hanya mengganggu pemandangan semasa memandu tetapi juga boleh merosakkan rupa luaran kereta anda.

Kotoran ‘watermark’ ini tidak mudah dihilangkan dengan cara pembersihan biasa.

Namun, terdapat satu tip yang dikongsi oleh seorang netizen yang boleh mengatasi masalah ini dengan kekal.

Berikut adalah cara-cara untuk menghapuskan kotoran ‘watermark’ pada tingkap kereta:

Cara jimat hilangkan watermark pada cermin kereta, ikut 2 langkah mudah ini pasti jadi

Sediakan tiga bahan berikut:

Pertama, sebekas air bersih.

Kedua, magic sponge.

Ketiga, Cerium Oxide, bahan khas untuk menggilap cermin yang boleh didapati dengan mudah.

Campurkan Cerium Oxide dengan air sehingga campuran menjadi pekat tetapi tidak terlalu pekat.

Rendamkan magic sponge ke dalam campuran Cerium Oxide.

Gunakan magic sponge yang telah direndam untuk menggosok cermin kereta secara mendalam sehingga kotoran ‘watermark’ hilang.

Perhatikan pergerakan air di cermin kereta untuk memastikan sama ada kotoran ‘watermark’ itu masih wujud atau sudah berjaya dilenyapkan.

Hasil selepas proses ini akan memperlihatkan cermin kereta yang bersih dan berkilat seperti baru keluar dari kilang

. Dengan cara ini, masalah kotoran ‘watermark’ dapat diatasi dengan mudah dan kekal, memberikan pemandangan yang jelas dan mengekalkan rupa luaran kereta anda.

BACA: Hati-hati ketika tunai ibadah Haji, ini 4 lokasi ‘scammer’ ramai tak tahu