Realtime website trackingweb stats

Cara hilangkan hanyir ikan keli, confirm seminit settle, goreng pun tak meletup

Oleh AHMAD ISMAIL

Terdapat pelbagai resipi ikan keli yang boleh dicuba seperti ikan keli masak lemak cili api dengan asam belimbing.

Memang sedap! Malah, ikan keli yang digoreng dengan garam kunyit sahaja pun sudah cukup enak dengan kerenyahannya yang menggoda.

Namun, tidak semua orang mahir memasak ikan keli kerana ia mempunyai lendir yang hanyir.

Jika tidak dicuci dengan betul, ia boleh menghilangkan selera.

Ramai yang tahu pelbagai cara untuk membersihkan lendir ikan keli, seperti menggunakan asam jawa dan tepung gandum.

Cara hilangkan hanyir ikan keli, confirm seminit settle, goreng pun tak meletup

Tetapi kali ini, penulis ingin berkongsi cara paling cepat untuk menghilangkan lendir tersebut,

iaitu hanya dalam masa satu minit. Kaedah ini juga dapat mengelakkan ikan keli daripada meletup semasa digoreng.

Melalui perkongsian Puan Aisha, beliau menemui cara pantas untuk menghilangkan lendir ikan keli menggunakan jus limau Thai dan garam halus.

Berikut adalah langkah-langkahnya:

1.Bersihkan ikan keli seperti biasa.
2.Masukkan ikan ke dalam bekas atau periuk.
3.Tuangkan setengah cawan jus limau Thai.
4.Tambahkan sesudu garam halus.
5.Gaulkan sehingga sebati dan biarkan selama satu hingga dua minit.
6.Cuci ikan hingga bersih dan toskan.
7.Perap dengan kunyit dan garam sebelum menggoreng.

Menurut Puan Aisha, ikan keli tidak akan meletup ketika digoreng dengan cara ini.

Jus limau Thai yang sering digunakan dalam masakan tomyam ini boleh didapati di kedai runcit dengan harga sekitar RM4.50 sebotol. Puan Aisha juga menggunakan jus limau tersebut untuk mencuci ikan dan sotong bagi memastikan kebersihannya.

BACA: Shuib dan pengarah Bubblebee culas bayar caruman Perkeso, berdepan hukuman penjara