Realtime website trackingweb stats

Cara DIY perangkap cicak ini juga yang paling berkesan

Oleh SHAZLIN AZIZ

CICAK merupakan haiwan kecil yang suka membuat kotor di rumah dengan meninggalkan najis di merata-rata tempat.

Jika ia berlaku, najis cicak perlu dibuang segera sebelum menjejaskan aspek kebersihan serta kesihatan penghuni rumah.

Terdapat cara mudah dikongsikan hellodoktor menggunakan bahan-bahan daripada dapur rumah untuk membuat perangkap cicak.

Bahan-bahan diperlukan adalah seperti:

1. Botol plastik kosong

Cara DIY perangkap cicak ini juga yang paling berkesan
2. Kapas

3. Air

4. Minyak masak

Pomoted Content

CryptoBot
Bagaimana orang kaya rahsiakan cara jana RM10,980 sebulan!
Ketahui Lanjut
5. Gula atau susu pekat

Cara membuat perangkap cicak:

1. Potong botol plastik menjadi dua bahagian.

2. Ketepikan bahagian atas botol dan ambil bahagian bawah.

3. Letakkan kapas di dasar botol plastik tersebut bersama air serta gula atau susu pekat ke dasarnya agar bahan ini boleh berfungsi bagi memerangkap cicak di dalam botol.

4. Sapu sedikit minyak masak pada bahagian dalam serta luar botol untuk melicinkan permukaannya.

5. Ambil semula bahagian atas botol dan pasangkan secara terbalik di bahagian atas botol yang telah diletakkan dengan bahan-bahan tersebut.

Apabila perangkap itu siap, lekatkan ia di lokasi yang biasanya menjadi tumpuan cicak.

Hasilnya, cicak akan terperangkap di dalam botol lantas memudahkan kerja anda!

Selain itu terdapat kaedah lain lebih mudah dikongsikan Ct Affaziah di Facebook iaitu menggunakan pita pelekat.

Bercerita tentang pengalamannya, wanita ini berkata dia berjaya menangkap 54 ekor cicak setelah meninggalkan rumah selama tiga minggu.

Perangkap cicak ini hanya menggunakan satu bahan iaitu pita pelekat lut sinar bersaiz besar.

Malah cara ini juga boleh diulang beberapa kali sehingga cicak di rumah anda berjaya dihapuskan.

Caranya adalah anda hanya perlu menampal dengan terbalikkan bahagian yang bergam ke atas.

Hanya bahagian hujung dengan pangkal pita sahaja perlu ditampal pada lantai.

BACA: Selain kena bayar tiket, lelaki diarah bayar RM2 juta kepada syarikat penerbangan terkenal