Pernahkah anda dengar tentang kuih tradisional bernama tepung bungkus?
Dulu, tepung bungkus adalah satu lagi kuih yang popular di kalangan generasi lama kerana ia sedap dan senang dibuat.
Tetapi sekarang, sudah jarang kita jumpa tepung bungkus dijual oleh peniaga.
Jika kalian merindui kuih tradisional yang semakin dilupakan ini, kenapa tidak cuba belajar membuatnya sendiri dengan resepi yang dikongsi oleh Puan Faezah Ab Wahab?
Jangan risau, walau pun kelihatan susah, sebenarnya tidak.
Terima kasih kepada Puan Faezah Ab Wahab atas perkongsian resepinya. Sungguh menyelerakan!
Bahan dan cara adunan tepung:
• 3 cawan santan
• 1 1/2 cawan tepung beras
• 1 sudu gula
• Sedikit garam
1. Masak di atas api perlahan sambil kacau sehingga ia pekat dan sebati.
2. Kemudian, tutup api.
Bahan dan cara buat inti:
• 1/2 biji kelapa muda
• 1 ketul gula melaka
• 1 cawan air
• Daun pandan
• Kacau di atas api sampai kering.
• Letak tepung sikit untuk bagi kelapa itu lembab bersalut.
• Kalau kurang manis tambah gula putih.
• Bila dah masak boleh buat bulat-bulat kecil untuk dijadikan inti.
Adunan tepung dan inti tepung bungkus:
1. Boleh dibungkus inti dengan adunan tepung tadi.
2. Kukus dalam api sederhana selama 15 minit.
Selamat mencuba!
Baca:
Penampilan ‘glamourous’ Cik B dikelilingi 10 penjaga curi perhatian netizen
Saiz hampir sama buat ramai pening, kenyataan dapat bezakan segmen A, B, C & D proton S70
Rider mengeluh pendapatan makin teruk, ini nasihat orang ramai yang mungkin relevan untuk yang muda