Bila Telefon pintar telah banyak membantu untuk memudahkan urusan seharian, lalu membuatkan kita terlalu bergantung dengannya.
Ke mana-mana kita pergi, telefon mesti perlu dibawa sekali. Sebab tu, adalah menjadi satu keutamaan penting
untuk memastikan bateri telefon kita sentiasa cukup, lagi-lagi apabila kita berada di luar dan tak boleh nak cas telefon untuk satu tempoh yang lama.
Kebanyakan telefon Android yang baru akan dilengkapi dengan berbagai-bagai ciri yang canggih seperti skrin yang lebih besar, processor yang lebih laju, dan ini semua akan menyebabkan bateri telefon cepat mati.
Tapi korang tak perlu risau, sebab ada jalan penyelesaiannya.
Di bawah ni kitorang nak kongsikan beberapa tips yang membuatkan bateri telefon tahan lama!
1. Gunakan Mod Jimat Kuasa
Ramai tak tahu cara buat bateri telefon tahan lama! Senang je ikut tips ni!
Cara yang paling cepat untuk pelihara bateri telefon adalah dengan menghidupkan mod jimat kuasa (power saving mode). Mod ni akan mengehadkan processor telefon, mengurangkan kecerahan skrin, dan membuatkan telefon dapat menggunakan kuasa yang minimum untuk memastikan fungsi-fungsi telefon yang asas masih boleh digunakan. Selain tu, mod ni juga boleh disetkan untuk hidup secara automatik apabila bateri telefon rendah. Cara untuk menghidupkan mod ni adalah Settings > Device Maintenance > Battery.
2. Malapkan Skrin
Ramai tak tahu cara buat bateri telefon tahan lama! Senang je ikut tips ni!
Skrin yang terang, akan menggunakan banyak tenaga bateri. Korang tak perlu nak setkan kecerahan skrin telefon di tahap yang maksimum pun untuk membaca mesej yang baru diterima. Cara nak malapkan skrin, pergi ke Settings > Display dan kurangkan kecerahan skrin kepada tahap yang bersesuaian.
Sesetengah telefon juga mempunyai fungsi ubah kecerahan skrin secara automatik, berdasarkan kecerahan sekeliling. Kalau kawasan sekeliling korang gelap, skrin akan secara automatik menjadi terang, dan begitu juga sebaliknya. Kalau telefon korang ada fungsi tu, bolehlah di hidupkan.
3. Matikan Fungsi Getaran
Ramai tak tahu cara buat bateri telefon tahan lama! Senang je ikut tips ni!
Walaupun fungsi getaran (vibration) ni bagus kalau korang perlu tahu bila notifikasi masuk dalam telefon, tanpa perlu mengeluarkan apa-apa bunyi yang mengganggu sekeliling, lagi-lagi semasa mesyuarat. Fungsi getaran ni terjadi apabila motor getaran kecil di dalam telefon berpusing, dan benda ni akan memakan banyak bateri (lagi-lagi kalau banyak notifikasi daripada group-group WhatsApp masuk). Jadi kalau korang nak lanjutkan tempoh hidup bateri, lebih baik matikan je fungsi tersebut dengan cara, pergi ke Settings > Sounds and Vibrations.
4. Guna Wi-Fi Lebih Baik daripada Data Telefon
Kalau ada pilihan antara gunakan wi-fi dengan data telefon, lebih baik korang gunakan wi-fi. Bila gunakan wi-fi, bukan saja dapat jimat data telefon, tapi ia juga lebih menjimatkan bateri dan bateri telefon tahan lama. Apabila data telefon dihidupkan, ia memakan lagi banyak tenaga bateri.
Diingatkan juga, bila tak guna Internet, lebih baik matikan saja wi-fi. Telefon korang akan sentiasa cuba untuk berhubungan dengan mana-mana punca Internet apabila fungsi wi-fi dihidupkan, dan ini akan menggunakan banyak tenaga bateri.
5. Semak Tetapan Lokasi
Sesetengah apps seperti Google Maps atau Waze memerlukan korang untuk menghidupkan lokasi terlebih dulu, barulah boleh jadi penunjuk arah. Tapi bila korang hidupkan tetapan lokasi setiap masa, memang akan mengurangkan jangka hayat bateri. Hanya hidupkan tetapan lokasi bila nak gunakan apps yang memerlukannya saja. Kalau dah tak guna apps tu, lebih baik matikan.
6. Hadkan Apps yang ‘Hidup’
Ramai tak tahu cara buat bateri telefon tahan lama! Senang je ikut tips ni!
Mungkin dah jadi satu kebiasaan kita bila dah tak nak gunakan apps tu, kita terus tekan butang home untuk keluar ke skrin utama. Sebenarnya, kalau buat macam ni, korang tak matikan apps tu dengan betul dan apps tersebut masih hidup dan aktif, cuma tak nampak.
Apps-apps yang tak dimatikan dengan betul ni lah yang akan menyedut kuasa bateri telefon. Jadi matikanlah apps dengan betul ataupun pergi ke Settings > Apps > Pilih Apps yang Mahu > Power Saver/Battery > Do Not Run in Background.
Telefon yang cepat habis bateri, memang satu perkara yang menjengkelkan untuk semua pengguna telefon. Tapi kalau korang ikut tips-tips di atas, mesti bateri telefon tahan lama lagi daripada biasa!