Realtime website trackingweb stats

Caprice tubuh ‘Munafik Hunter’, bongkar sindiket kumpulan ahli jemaah

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Penyanyi rap, Caprice yang mewujudkan Munafik Hunter kali ini mendedahkan sindiket kumpulan ahli jemaah yang beroperasi secara meluas di negara kita.

Melalui video terbaru yang dikongsi oleh Caprice, beliau membuat satu podcast di mana beliau mendengar pengalaman individu yang pernah menjadi ahli jemaah dan dieksploitasi oleh pemimpin mereka.

Selanjutnya, Caprice mengajak mangsa-mangsa dan bekas ahli yang pernah terlibat dengan kumpulan tersebut untuk berkongsi pengalaman mereka.

Caprice tubuh 'Munafik Hunter', bongkar sindiket kumpulan ahli jemaah

Beberapa mangsa telah bersedia untuk berkongsi mengenai sindiket yang dilakukan oleh kumpulan ahli jemaah yang pernah mereka sertai.

Melalui perkongsian pertama ini, seorang individu menyatakan bahawa keluarganya sebelum ini hidup dalam keadaan yang selesa dan senang, namun kini terpaksa berdepan dengan kesukaran kerana semua wang telah digunakan untuk kumpulan ahli jemaah tersebut.

“Saya pernah bersama ahli jemaah tu sebelum ni. Masa tu, ayah saya seorang yang kaya. Mereka perah duit ayah saya sampai kering. Sekarang sudah tak ada apa lagi, mereka tinggalkan keluarga kami macam tu je.

“Target diorang orang kaya dan diorang akan hisap semua duit sampai dak tak ada apa-apa. Lepas tu pergi macam tu je,” dedahnya.

Mereka mengatakan, kumpulan ini akan menggunakan ayat ‘berkorban wang ringgit untuk menghapus dosa’ untuk menipu golongan kaya.

Seorang individu lain mendakwa kesnya hampir sama dengan individu pertama.

Dia menceritakan, ayahnya mengalami kerugian sebanyak RM1 juta setelah dijanjikan keuntungan setiap bulan untuk melabur dalam pembinaan hotel di Mekah oleh sebuah syarikat.

Selain itu, individu tersebut mendedahkan bahawa pasangan yang sudah berkeluarga terpaksa mematuhi semua arahan Tok Guru dalam semua perkara kehidupan, termasuk tarikh perkahwinan, destinasi bulan madu, nama anak, dan sebagainya, dengan persetujuan Tok Guru.

Dalam pengakuan selanjutnya, individu ini menyatakan bahawa kumpulan ini membenarkan perkahwinan tanpa kehadiran pengetahuan wali.

Dia dan anaknya juga diabaikan apabila bekas suaminya melakukan kekerasan terhadap mereka.

Mereka mengatakan, tidak mudah untuk membongkar kumpulan ini kerana mereka mengklaim mempunyai ‘kabel’ yang membuat mereka tidak boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Pendedahan mangsa-mangsa ini sangat mengkhawatirkan.

Semoga kebenaran berpihak kepada yang benar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Baca:

Peniaga perlu ‘stop’ guna ubat stapler jika tidak mahu dikenakan saman dan penjara

Tak perlu tebuk dinding, ini cara betul pasang ‘exhaust fan’ di rumah

Satu mangkuk tak cukup! Resipi kuey teow sup ori Thailand memang terangkat