Realtime website trackingweb stats

Caprice nak jumpa depan-depan lelaki ini, apa kes tu?

Oleh HADI KAMARUDIN

Penyanyi rap Caprice meminta bantuan semua orang untuk menjejaki seorang yang telah mengeluarkan komen yang tidak baik dan memperlekehkan anaknya yang baru dilahirkan.

Melalui Instagram, Caprice telah berkongsi tangkapan skrin komen-komen yang kasar tersebut dan juga mendedahkann wajah serta akaun media sosial lelaki tersebut.

“Salam. Bab anak is the limit. Harap you or your family members nampak video dan cari Cap esok atau lusa kita jumpa depan-depan.”

Berdasarkan mesej itu, lelaki tersebut menghina bayi tu dengan panggilan nama-nama buruk macam binatang, dan ada yang panggil dia ‘dajjal kecil’.

Namun, Caprice memaklumkan Instagram story dia yang abang lelaki tu dah contact dan setuju nak jumpa dia dengan isteri dia, Fara Inalis.

Caprice nak jumpa depan-depan lelaki ini, apa kes tu?

Pada masa yang sama, ramai orang mengecam lelaki itu di bahagian komen hantaran itu kerana melibatkan bayi yang tidak bersalah dan tidak berkaitan.

Ada yang mencadangkan agar Caprice membuat aduan polis dan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memberi pengajaran kepada lelaki tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Baca:

Alif Aziz menangis, dedah punca sebenar gaduh dengan Bella, sedia lepaskan

Siap bangkit masa kerja separuh hari, ada yang iri hati dengan kenaikan gaji penjawat awam

Tak memilih kerja asalkan halal, Hafidz Roshdi akui lebih tenang semenjak buat ini