Realtime website trackingweb stats

Campur je 3 bahan ini, lalat dan semut pasti ‘taubat’ nak datang singgah lagi

Oleh HADI KAMARUDIN

Kehadiran serangga seperti lalat, semut, agas-agas, dan sebagainya bukan sahaja mengganggu tetapi juga boleh mengancam kebersihan makanan.

Serangga-serangga ini sering kali muncul di dapur, terutama semasa kita sedang melakukan aktiviti memasak

Yang melibatkan bahan-bahan berbau kuat seperti menyiang ikan atau menumbuk sambal belacan.

Lalat terutama membiak dengan cepat, terutamanya dalam cuaca panas, dan mudah masuk ke dalam rumah melalui celahan-celahan di dinding atau tingkap.

Menghadapi cuaca panas sekarang, lalat dan serangga-serangga lain muncul dengan cepat di dalam rumah.

Campur je 3 bahan ini, lalat dan semut pasti 'taubat' nak datang singgah lagi

Walau bagaimanapun, sembur racun serangga atau meletakkan perangkap seringkali tidak berkesan. Jadi, apa yang boleh kita lakukan?

Bahan-bahan:

1/2 cawan cuka

1/2 cawan minyak zaitun (atau minyak sayuran lain)

1/2 cawan syampu

Cara membuatnya:

1. Campurkan separuh cawan cuka, separuh cawan minyak zaitun, dan separuh cawan syampu bersama.

2. Letakkan bekas mengandungi campuran kesemua bahan tersebut di dapur dan tunggu serangga berkumpul padanya.

3. Biarkan bekas campuran itu selama beberapa jam atau sehingga serangga mulai berkurangan.

4. Ulangi proses jika perlu.

Kaedah ini ternyata menjimatkan kerana menggunakan bahan yang sememangnya ada di rumah.

Malah ia lebih selamat berbanding menggunakan racun penyembur serangga yang dijual di pasaran. Selamat mencuba.

BACA: Serabut tahi cicak ditepi tingkap? Sekejap je ‘settle’ kalau ikut cara ini