Realtime website trackingweb stats

Cahaya matahari bertukar biru di Britain cetus panik penduduk, rupanya ada malapetaka berlaku di sebalik itu

Oleh AHMAD ISMAIL

Ramai terkejut dan panik apabila tular matahari mengeluarkan cahaya warna biru beberapa hari lalu.

Bagi umat Islam, perubahan keadaan ini sering dikaitkan dengan dunia yang kini sudah berada di akhir zaman.

Namun, kelmarin, peminat astronomi di Britain terkejut apabila melihat matahari bewarna biru yang merupakan fenomena sangat jarang berlaku.

Fenomena aneh ini disaksikan ramai individu dan imej aneh matahari biru ini mula tersebar luas di aplikasi X, seperti dilaporkan portal berita MailOnline.

Beberapa netizen yang memerhati fenomena ini mula bercakap mengenainya dalam rangkaian sosial mereka.

Salah seorang daripada mereka berkata dengan terkejut, “Saya tidak pernah melihat matahari biru sebelum ini.

Saya masih ingat bagaimana matahari sentiasa berwarna jingga gelap dan merah semasa Ribut Ophelia pada 2017 yang membawa asap daripada kebakaran hutan di Portugal ke Britain. Mengapa ia berwarna biru kali ini?”

Netizen lain turut berkongsi pengalaman serupa, dengan salah seorang daripada mereka menulis, “Kami dihidangkan dengan pemandangan matahari biru yang menakjubkan (malam tadi) di Twickenham.”

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Meteorologi Britain, Dan Harris, memberikan penjelasan mengenai fenomena ini ketika ditemuramah oleh MailOnline.

Jelasnya, fenomena ini berkait rapat dengan pengaruh angin kencang barat yang melanda Britain ketika ini.

Angin ini membawa udara dari Amerika Utara ke Eropah.

Udara membawa bersamanya asap dari kebakaran hutan yang melanda Kanada.

Gabungan asap dan awan yang tinggi di atmosfera menyebabkan perubahan dalam taburan cahaya matahari, yang seterusnya mewujudkan perubahan warna luar biasa pada matahari.

Perlu diingatkan bahawa fenomena ini bukanlah sesuatu yang pertama kali berlaku.

Pada tahun 1950, matahari kelihatan biru di Ontario, Kanada, selepas kebakaran Chinchaga adalah salah satu kebakaran terbesar dalam sejarah Amerika Utara.

Baca:

Cemas hanya tembakan kedengaran, TMJ bersyukur terselamat insiden tembakan di Bangkok

Tesla sebenarnya buka ibu pejabat bukan kilang, ini 11 fakta wajib tahu elak salah faham

Gah saja Hamid Gurkha dapat anugerah, anak pelawak veteran ini kongsi cerita susahnya tuntut hadiah RM10,000