Jika kamu perasan, setiap kali nak cuci kasut yang dah lama tak pakai, pasti nampak kesan kuning walaupun kasut tu disimpan dengan baik.
Lepas dicuci pun, masih nampak sama, terutamanya pada kasut putih, kesan kuning tu makin kelihatan.
Bagi sesiapa yang tak mahu hantar kasut ke kedai untuk cuci kerana nak jimat, ada satu cara yang mungkin ramai tak sangka boleh ‘buang’ kesan kuning pada kasut itu.
Caranya senang je, guna tisu!
Untuk yang tanya, kalau kasut berwarna kuning ketika dikeringkan, bagaimana hendak menghilangkannya.
Disini kami ada jalan penyelesaianya!
Senang je, guna tisu tandas atau tisu dapur.
Mesti ramai yang tak percaya kan?
Mari kita cuba.
1. Pastikan anda mempunyai tisu dapur atau tisu tandas.
2. Selepas anda mencuci kasut dengan bersih, lapiskan tisu di atas seluruh kasut yang masih lembap.
3. Kalau guna tisu tandas, buatlah dua lapisan. Biarkan tisu itu melekat pada kasut yang basah tadi.
4. Selepas itu, anda boleh letak kasut di bawah sinaran matahari supaya kasut boleh kering dengan baik.
5. Selepas kasut kering, angkat tisu itu dan korang akan nampak kotoran kuning terlekat pada tisu, bukan pada kasut. Kemudian kasut tu akan kelihatan seperti baru beli dan cantik!
Tips ini sangat menarik kan? Semoga tips ini berguna untuk anda semua!
Baca:
Nak hilangkan batu karang, apa kata cuba 3 petua dikongsi doktor ini
Mekah buka surau di langit, solat rasa seperti atas awan, paling tinggi di dunia
Cara mudah nak hilangkan cacing pada kanak-kanak, bahannya pun ada di dapur