Realtime website trackingweb stats

Bulanan memang murah, bawah RM100 tapi ramai tak sedar ini 6 jenis hutang ini boleh jadi beban kewangan

Oleh SHAZLIN AZIZ

Kini ramai yang menganggap berhutang sebagai tanda kekayaan. Hutang untuk kereta dan rumah adalah perkara lazim dan dianggap sebagai keperluan.

Namun, semakin ramai juga yang mengambil hutang kecil-kecilan untuk barangan yang sebenarnya boleh dibeli secara tunai

jika ada simpanan. Akibatnya, hutang-hutang kecil ini akhirnya menjadi beban kewangan bertahun-tahun lamanya.

Mohd Fadzli Salleh, seorang pempengaruh di media sosial, berkongsi enam jenis hutang yang sering diambil orang

Dan akhirnya menjadi beban kewangan berdasarkan pandangan serta pengalamannya sendiri.

Bulanan memang murah, bawah RM100 tapi ramai tak sedar ini 6 jenis hutang ini boleh jadi beban kewangan

Enam Jenis Hutang yang Mungkin Menjadi Beban Kewangan Bertahun-Tahun:

1. Penapis Air (RM80)
Banyak orang cenderung untuk mengambil hutang untuk penapis air. Walaupun sangat berguna, perlu dipertimbangkan kemampuan kewangan sebelum membelinya. Contohnya, seorang kawan saya, seorang guru, mampu membayar ansuran bulanan sebanyak RM100, tetapi dia tetap menggunakan alternatif lain seperti peti sejuk dan cerek elektrik.

2. Penapis Udara (RM100)
Penapis udara adalah satu lagi barangan yang sering dibeli dengan ansuran tetapi tidak digunakan dengan kerap. Lebih baik membeli secara tunai jika perlu.

3. Tilam (RM180)
Trend beli tilam dengan ansuran semakin popular. Walaupun tilam yang ansuran lebih mahal, kualitinya tidak sebanding dengan tilam yang dibeli secara tunai dengan harga lebih rendah. Sebaiknya simpan duit dan beli tilam yang berkualiti tinggi tanpa berhutang.

4. Aircond (RM100)
Pakej ansuran aircond semakin diminati kerana cuaca panas. Namun, perlu dipertimbangkan semula jika mampu untuk membelinya secara tunai.

5. Mesin Basuh dan Pengering (RM100)
Pakej ansuran untuk mesin basuh dan pengering juga menjadi trend terkini. Sebaiknya pertimbangkan kemampuan kewangan sebelum memilih opsyen ansuran ini.

6. Telefon Bimbit (RM150-RM300)
Banyak yang terjebak membeli telefon bimbit dengan ansuran. Lebih baik beli dalam kemampuan kewangan kita jika mungkin.

Jumlah komitmen bulanan untuk keenam-enam perkara di atas mungkin mencecah RM800.

Bagi yang bergaji sekitar RM3000, ini bukan jumlah yang kecil. Perlu diingatkan juga tentang komitmen lain seperti bayaran kereta, sewa rumah, dan bil-bil bulanan.

Saudara-saudari, penting untuk menguruskan aliran tunai dengan bijak. Elakkan membeli barangan secara berhutang kecuali jika betul-betul diperlukan. L

ima tahun bukan tempoh yang pendek; barang mungkin rosak atau lapuk sebelum tempoh ansuran tamat. Ini boleh menyebabkan penambahan hutang untuk lima tahun seterusnya, dan kitaran ini boleh berterusan tanpa henti.

Cuba berlatih untuk hidup di bawah pendapatan. Jika pendapatan bulanan RM3000, cuba hidup seperti gaji RM2000 sebulan. Simpan lebihan dan laburkan dengan bijak.

Kesilapan dalam pengurusan kewangan boleh menyebabkan kesengsaraan yang berpanjangan. Fikirkan dengan bijak sebelum membuat keputusan.

BACA: Bengang ditipu peniaga, ini ilmu penting sebelum beli durian ramai abaikan