Realtime website trackingweb stats

‘Bukan urusan saya..’ Ini respon padu Puteri Sarah kes penceraian Syamsul dan Ira Kazar

Oleh ABDULLAH HAMID

Demikian kata bekas isteri pertama pengarah terkenal, Syamsul Yusof, Puteri Sarah, berhubung berita perceraian mengejut Syamsul dan isterinya, Ira Kazar, semalam.

Puteri Sarah, yang nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39,

berkata dia tidak berada dalam kedudukan untuk memberikan komen lanjut mengenai hal yang tidak melibatkan dirinya.

“Saya baru sahaja pulang dari Singapura selepas berniaga di sana.

Saya tidak mahu memberikan komen lanjut kerana apa yang berlaku bukan urusan saya.

'Bukan urusan saya..' Ini respon padu Puteri Sarah kes penceraian Syamsul dan Ira Kazar

“Saya tidak mahu bercakap lebih-lebih kerana nanti mungkin akan timbul pelbagai pandangan. Saya kini sudah mempunyai kehidupan sendiri dan bahagia dengan cara saya sendiri.

“Apa yang saya boleh katakan hanyalah semoga urusan mereka dipermudahkan. Itu sahaja,” kata Puteri Sarah menurut laporan Kosmo! Online.

Semalam, industri hiburan tempatan digemparkan dengan berita perceraian Syamsul, atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 40, dengan Ira Kazar, nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin.

Syamsul dan Ira telah berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand. Pengesahan mengenai perkahwinan tersebut dibuat oleh Syamsul melalui sebuah video yang dimuat naik di Instagram pada Januari lalu.

Sementara itu, Puteri Sarah, yang ketika itu merupakan isteri pertama Syamsul, telah memfailkan perceraian sebelum mereka berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

BACA: Seorang bekas ahli parlimen didakwa terlibat dengan kes gangguan seksual