Realtime website trackingweb stats

Bukan sekadar terbalikkan periuk, individu kongsi cara betul masak nasi lambat basi

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Seperti yang kita sedia maklum, nasi adalah makanan utama bagi rakyat Malaysia yang kaya dengan karbohidrat, memberikan tenaga untuk aktiviti seharian.

Dari sarapan pagi hingga makan malam, nasi menjadi menu wajib di meja makan. Bagi sebahagian besar, tiada yang lebih tidak lengkap tanpa hidangan nasi.

Nasi sebenarnya adalah hasil dari proses memasak beras dengan air, sama ada dalam periuk tradisional atau periuk nasi moden.

Namun, nasi yang dimasak ini tidak dapat disimpan lama dan cenderung menjadi basi dengan cepat.

Ini mungkin disebabkan oleh cara penggunaan periuk nasi yang tidak betul.

Bukan sekadar terbalikkan periuk, individu kongsi cara betul masak nasi lambat basi

Bagaimana untuk elakkan nasi daripada cepat basi?

Melalui perkongsian video di TikTok oleh pengguna @fadhlikhobin, dia berkongsi cara untuk memasak nasi supaya tidak cepat basi.

Langkah pertama, cuci periuk nasi dengan bersih sebelum digunakan.

Kemudian, terbalikkan periuk nasi yang telah dibersihkan di atas dapur dan biarkan untuk beberapa ketika sebelum menyalakan api.

Selepas itu, barulah periuk nasi boleh digunakan untuk memasak nasi seperti biasa.

“Amalkan teknik ini sekali sebulan sudah mencukupi,” katanya dalam klip pendek tersebut.

Video ini mendapat respons yang positif daripada pengguna internet yang memuji pengguna itu kerana berkongsi tip yang berguna.

Dengan lebih daripada 500,000 tontonan dan lebih 16,000 tanda ‘suka’, klip ini mendapat pelbagai reaksi dan komen yang memberi penghargaan.

BACA: Hukum makan makanan yang dimasak orang bukan Islam, ini penjelasan pejabat Mufti