Apabila anda menaiki kapal terbang, anda pasti sering melihat pramugari yang mengikat rambut mereka dalam sanggul.
Selain nampak anggun dan cantik, ternyata ada sebab praktikal yang menyebabkan pramugari sentiasa menyanggulkan rambut mereka.
Menurut laporan Daily Star, seorang pramugari dari syarikat penerbangan Kanada, Swoop, mendedahkan sebab mengapa mereka mengikat rambut mereka ke belakang.
Dalam video di akaun TikToknya @flyingkaylee, Kaylee menjelaskan bahawa ini bukan sekadar untuk penampilan sahaja.
“Ada sebab keselamatan. Kami perlu menggunakan sesuatu yang dipanggil ‘fire shield’ (perisai api) apabila berlaku kebakaran,” kata Kaylee dalam video tersebut.
“Jadi, jika ada kebakaran di dalam kapal yang perlu kami padamkan, kami perlu memakai perisai ini yang membolehkan kami untuk terus menghirup oksigen semasa memadamkan kebakaran,” tambahnya.
Kaylee juga menyatakan bahawa perisai perlindungan kebakaran ini dipasang dengan ketat di sekeliling leher. Oleh itu, akan menjadi sukar untuk mengenakannya jika pramugari mempunyai rambut panjang yang tidak diikat.
Selain itu, pramugari juga diarahkan untuk mengikat rambut mereka supaya kelihatan lebih profesional semasa bertugas.
Kaylee menjelaskan bahawa jika rambut tidak diikat, pramugari dengan rambut panjang mungkin akan menghalang wajah mereka ketika menundukkan kepala untuk melayani penumpang di tempat duduk mereka.
BACA:Â Mak mertua tiba-tiba nak datang rumah, tapi rumah bersepah, ramai terlepas pandang 7 perkara ini