Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia,
Mereka telah melaksanakan ujian ketahanan prototaip pagar halangan fizikal untuk gajah di Temerloh pada 23 Oktober lalu.
Dalam kenyataan pada Jumaat, MRL menjelaskan ujian tersebut dijalankan susulan beberapa hantaran di media sosial
Memaparkan dua ekor gajah cuba menolak struktur pagar yang dipasang di sepanjang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
“Video yang tular itu sebenarnya sebahagian daripada proses ujian ketahanan pagar haiwan liar.
Ujian ini dijalankan di kawasan habitat gajah yang dikenal pasti di Temerloh, Pahang,” jelas kenyataan tersebut.
Habitat Gajah di Hutan Simpan Kemasul
Laluan ECRL melalui Hutan Simpan Kemasul di Temerloh, yang bersebelahan dengan ladang pertanian dan habitat gajah. Selepas perbincangan bersama Perhilitan, pihak ECRL memutuskan untuk memasang pagar halangan di kedua-dua belah landasan sepanjang kawasan tersebut bagi mengelakkan konflik manusia dan gajah, terutamanya selepas projek selesai.
Selain itu, pagar tersebut juga bertindak sebagai langkah mitigasi untuk menghalang gajah daripada memasuki landasan kereta api, yang boleh menyebabkan kemalangan.
Ujian Ketahanan dan Keberkesanan
Pihak Perhilitan telah mencadangkan agar prototaip pagar halangan fizikal dibina di lokasi sebenar bagi menguji ketahanan dan keberkesanannya sebelum reka bentuk akhir dimuktamadkan. “Selepas ujian ini, perbincangan susulan antara pihak ECRL dan Perhilitan akan diadakan bagi menentukan langkah seterusnya,” tambah kenyataan tersebut.
Pelan Pemuliharaan Hidupan Liar
Pada tahun 2022, satu perjanjian tambahan telah ditandatangani antara kontraktor utama projek, China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd, dan Perhilitan untuk melaksanakan Pelan Pengurusan Hidupan Liar bagi projek ECRL.
Pelan ini bertujuan mengurangkan kesan pembinaan terhadap alam sekitar, termasuk hutan semula jadi, sungai, dan sumber air. Reka bentuk projek ECRL juga merangkumi pembinaan:
-41 terowong,
-145km laluan bertingkat atau jejambat,
-28 lintasan hidupan liar di lokasi strategik.
Projek ECRL, yang dimiliki oleh MRL, akan menjadi infrastruktur rel nasional yang merentasi Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Lembah Klang, sepanjang 665 kilometer.
BACA: Rumah rangka bernilai RM243000 raih perhatian, netizen persoal ‘rangka je pun ratus ribu ya’