Aplikasi Google Gemini semakin canggih, namun penggunaannya masih terhad kepada peranti Android sahaja buat masa ini.
Pengguna iPhone terpaksa menggunakan aplikasi Google yang tidak menyokong ciri Gemini Live.
Bagaimanapun, situasi ini akan berubah tidak lama lagi, kerana aplikasi khas Gemini untuk iPhone dilaporkan sudah hampir siap.
Google turut memanfaatkan ciri Live Activities yang terdapat pada iOS untuk meningkatkan pengalaman pengguna, dengan Gemini masih boleh dikawal melalui kunci skrin.
Aplikasi Gemini untuk iPhone ini akan memfokuskan kepada sokongan Gemini Live, yang tidak tersedia dalam aplikasi Google pada masa ini.
Namun, menurut laporan Amanz, masih belum dipastikan bila aplikasi ini akan tersedia untuk semua pengguna.
Selain itu, semasa pelancaran Gemini AI, ada yang tertanya-tanya sama ada ia akan menggantikan Google Assistant.
Jawapan kepada persoalan ini telah diberikan semasa Google I/O 2024 apabila Gemini Utilities diperkenalkan. Kini, Google sedang melancarkan sambungan tersebut ke peranti Android secara berperingkat.
Sambungan Gemini Utilities ini akan diperkenalkan kepada pengguna Android secara beransur-ansur. Setakat ini, ia hanya menyokong arahan dalam bahasa Inggeris, tetapi sokongan untuk bahasa lain dijangka akan diperkenalkan dalam masa terdekat.
BACA: Shuib teruk dikecam netizen selepas sifatkan culas bayar caruman Perkeso sebagai ujian berniaga