Heboh kononnya Chef Wan menipu gaji pekerja, tetapi rupanya chef selebriti terkenal itu mengendalikan resipi serta kualiti makanan.
Datuk Redzuawan Ismail, 66, memberitahu dia tidak terlibat dalam soal gaji pekerja terbabit sebaliknya adalah tugas rakan perniagaannya.
Ujar pelakon filem ‘Lurah Dendam’ dan ‘Baginda’ itu, sejak permulaan kerjasama dalam Kumpulan Restoran Chef Wan (CWGR), memang dari awal beliau sudah terangkan secara jujur dan ikhlas.
“Saya tak buat keputusan untuk gaji kakitangan atau mengambil, memecat kakitangan dan operasi.
“Jadi, saya menyoal rakan (perniagaan) dan GM (Pengurus Besar) untuk jelaskan kepada saya jika ia betul (dakwaan) kerana membabitkan nama saya yang tidak berdosa ini.
“Saya diberitahu dakwaan itu tidak betul,” dipetik Harian Metro.
Jelasnya, memang ada kakitangan yang diberhentikan dan dipotong gaji atas faktor prestasi kerja, tidak berdisiplin atau didapati menipu syarikat.
“Jadi, sebahagian kakitangan ini tidak gembira dan berhenti kerja. Ada pula asyik bergaduh dan memberi kesan kepada kualiti perkhidmatan dan makanan kami.
“Takkan mereka sampai tak boleh ditegur? Takkan sebagai majikan, kita nak tunduk kepada perbuatan-perbuatan fitnah atau ugutan mereka?
“Jadi, saya cuba fahamkan kedua-dua pihak kerana ingin mencari puncanya supaya nama saya tak tercalar,” katanya.
Terdahulu, CWGR mengeluarkan kenyataan bahawa penularan itu adalah berita palsu.
Syarikat terbabit memberi amaran tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.
Baca:
Idea trendy hias ruang tamu, nampak elegan dan tenang
‘Buka dulu payung tepi jalan jual nasi lemak’ – Ini nasihat untuk orang baru lepas pencen
Memang renyah nak masak kuah laksa lemak, sekarang senang, guna sardin je pun boleh