Realtime website trackingweb stats

Bukan calang-calan rupanya ibu Daiyan Trisha, rupanya penulis buku terkenal

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Penyanyi dan pelakon terkenal Daiyan Trisha baru-baru ini berkongsi ucapan istimewa di media sosial untuk meraikan hari persaraan ibunya,

Dr. Samsiah Mohd Nor, sebagai seorang pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama.

Bangga Miliki Ibu Luar Biasa

Melalui hantaran di Instagramnya, Daiyan meluahkan rasa syukur dan bangga atas segala pencapaian ibunya yang dianggap sebagai seorang wanita luar biasa.

Ibunya bukan sahaja seorang pendidik tetapi juga ibu kepada lima anak, isteri, anak yang setia, dan seorang sahabat sejati.

Bukan calang-calan rupanya ibu Daiyan Trisha, rupanya penulis buku terkenal

“Bukan mudah untuk menjadi seorang pendidik… dan pada masa yang sama menjadi seorang penulis berjaya, ibu kepada lima anak, isteri, dan anak yang taat, serta seorang kawan yang setia.

“Melakukannya dengan penuh kasih sayang dan ketenangan. Dia benar-benar seorang ibu yang hebat,” tulis Daiyan.

Seorang Penulis Buku Tersohor

Tidak ramai yang tahu, ibu kepada artis berbakat ini sebenarnya merupakan seorang penulis buku terkenal. Karya-karya Dr. Samsiah Mohd Nor yang bermula sejak era 90-an telah menjadi bacaan kegemaran ramai.

Menurut carian di Goodreads, beliau telah menghasilkan pelbagai karya klasik terkenal seperti Riana, Maya Pusara, Tangisan Bulan Madu, Sindora, dan banyak lagi.

Inspirasi Seorang Wanita Hebat

Dr. Samsiah bukan sekadar pendidik yang berdedikasi tetapi juga seorang wanita yang cemerlang dalam membahagikan masa antara keluarga dan minatnya dalam bidang penulisan. Kejayaannya menjadi inspirasi kepada Daiyan dan ramai lagi.

“Ibu Daiyan memang bukan calang-calang orang. Seorang pendidik yang berdedikasi dan penulis hebat yang menghasilkan karya berzaman. Dia juga seorang ibu dan wanita luar biasa,” kata Daiyan dalam nada penuh bangga.

BACA: Pempengaruh suruh Shuib cari isteri baru, ini reaksi Watie Hanifiah