Realtime website trackingweb stats

Budak lelaki maut didera teman lelaki ibu, seluruh tubuh cedera teruk termasuk bahagian ‘itu’ amat mengejutkan

Oleh ADINDA

 

Satu kes dera melibatkan seorang budak lelaki berusia dua tahun di Bagan Serai, Pulau Pinang pada 13 Oktober lalu mengejutkan banyak pihak.

Banyak kesan kecederaan pada badan mangsa menggambarkan kezaliman si pendera kerana tergamak menyeksa kanak-kanak yang tidak berdosa sehingga melayang nyawanya.

Mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk bedah siasat.

Jenazah kanak-kanak itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Matang Gerdu pada petang 14 Oktober.

Terdahulu, pemeriksaan doktor mendapati kematian mangsa berpunca daripada pendarahan teruk pada bahagian kepala akibat hentakan objek tumpul.

Amat mengejutkan seluruh anggota tubuh badan mangsa mengalami kecederaan teruk dengan kesan luka melecur dipercayai akibat objek panas.

Malah, tidak dapat digambarkan sengsaranya budak itu menanggung azab apabila doktor juga mendapati ada kecederaan pada lubang dubur mangsa.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff dilapor berkata, pemeriksaan ke atas mayat mangsa di Klinik Kesihatan Bagan Serai menemukan kesan melecur dan kecederaan pada beberapa bahagian badan.

Beliau memberitahu, ekoran kejadian tersebut, polis menahan sepasang suami isteri warga emas dan anak lelaki mereka yang menjaga sementara kanak-kanak itu.

“Polis menerima laporan dari Klinik Kesihatan Bagan Serai mengenai seorang kanak-kanak lelaki yang sudah meninggal dunia mempunyai kesan kecederaan dan melecur di beberapa bahagian badan.

“Mangsa dihantar ke klinik itu oleh pasangan warga emas, iaitu ibu bapa kepada lelaki yang menjaga sementara kanak-kanak itu pada kira-kira pukul 7 petang, 13 Oktober bagi tujuan rawatan setelah kanak-kanak itu tidak sedarkan diri,” katanya.

Siasatan awal polis mendapati mangsa adalah anak kepada jiran pasangan suami isteri itu di Taman Serai Permai dan dibawa pulang untuk dijaga oleh anak lelaki pasangan itu yang berusia 26 tahun.

Sehubungan itu, polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes dera dan bunuh itu untuk tampil membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu.

Hubungi Pegawai Penyiasat ASP Ambri Mat Nayan di talian 01113092525 atau Bilik Gerakan IPD Kerian di talian 05 -7212222

Baca:

Projek penempatan manusia di bulan menjelang 2040, ini kemajuan NASA yang diketahui setakat ini

Lelaki kongsi cerita lihat kera bewarna putih bersama tuan berjubah, beruk berdiri seperti manusia

“Lepas kahwin suami mula tunjuk perangai, pasal benda sekecil ini pun boleh jadi perang”- Isteri kecewa