Realtime website trackingweb stats

Budak lelaki 7 tahun teruk kena dera, identiti teman ibu kandungnya mencurigakan

Oleh ADINDA

Budak lelaki 7 tahun teruk kena dera, identiti teman ibu kandungnya mencurigakan.

Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun disyaki menjadi mangsa dera dua wanita, termasuk seorang dipercayai ibu kandungnya.

Kejadian menimpa mangsa terbongkar selepas jiran di kawasan perumahannya, dipercayai sekitar Bandar Layangkasa dekat Pasir Gudang di sini, menyerbu rumah diduduki dua beranak itu.

Difahamkan, ibu kanak-kanak berkenaan adalah ibu tunggal berusia 27 tahun, manakala seorang lagi wanita ialah temannya yang berperwatakan seperti lelaki atau ‘tomboy’ berusia 30 tahun.

Terdahulu, video menunjukkan insiden orang awam menyerbu rumah berkenaan bagi menyelamatkan mangsa tular di media sosial. Rakaman video berkenaan turut memaparkan kecederaan agak teruk pada belakang badan kanak-kanak terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat orang awam malam kelmarin.

“Ibu kandung dan teman perempuannya ditahan, manakala mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan,” katanya memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.

Baca:

Dah macam rupa watak siri manga Demon Slayer, rupanya ini punca Ayu ada tiga ‘mulut’

Ramai suka naik lif dan berkenderaan jarak dekat, ketahui rahsia panjangkan hayat tanpa keluar sesen pun

Dah 4 tahun kahwin baru tahu suami bukannya tentera berpangkat sarjan, rupanya ini punca penyamaran jadi kantoi