Rumah yang harum sememangnya membantu membuatkan penghuninya berasa tenang dan nyaman
Sebab itu ramai antara kita sanggup membeli pewangi yang mahal untuk mendapatkan kesan ketenangan ini.
Namun, selain membeli produk pewangi, kita juga boleh menghasilkan sendiri pewangi ini.
Antaranya menggunakan limau dan pelembut pakaian.
Hasil pewangi DIY ini memang tidak dinafikan sangat harum.
Bahan-bahan:
2 biji limau nipis (saiz besar)
2 sudu besar garam kasar
3 sudu besar cecair hand sanitizer yang ada alkohol
1 penutup cecair pelembut pakaian
Bunga cengkih
Cara membuat:
Belah empat semua limau nipis, tetapi jangan sampai terpotong habis. Masukkan setiap satu buah dalam bekas kecil.
Letakkan setengah sudu garam kasar di bahagian tengah buah limau yang dihiris dan dikembangkan.
Tuang satu sudu cecair hand sanitizer yang mempunyai kandungan alkohol.
Akhir sekali, tuang pelembut pakaian. Letakkan pewangi ini di bilik dan wanginya akan terasa.
Selain menggunakan pelembut pakaian, boleh juga letakkan beberapa bunga cengkih di atas buah limau untuk aroma yang berbeza. Anda juga boleh menggunakan pewangi yang disukai.
Aroma wangi ini boleh bertahan selama dua minggu. Selepas itu, boleh buat yang baru. Pewangi ini boleh diletakkan dalam bilik, tandas, ruang tamu, dan juga dapur.
BACA: 21 tahun berjimat, lelaki berjaya kumpul RM4 juta, niat nak bersara awal