Realtime website trackingweb stats

Buat sendiri lagi sedap dan puas hati, ini cara buat dumpling ayam

Oleh AHMAD ISMAIL

Apabila pergi ke restoran Cina Muslim, memang sedap apabila makan dumpling ayam yang lembut dan penuh dengan isi.

Sebenarnya, sangat mudah untuk membuat dumpling ayam ini sendiri di rumah.

Apabila membuatnya sendiri di rumah, anda boleh meletakkan inti mengikut selera anda.

Buat sendiri lagi sedap dan puas hati, ini cara buat dumpling ayam

Inti ayam boleh digantikan dengan udang atau daging.

Resepi yang dikongsi oleh Fauziah Gee ini sangat sesuai untuk disediakan sebagai hidangan untuk seisi keluarga.

Bahan untuk kulit:

  • 500gm tepung gandum – beli online di sini
  • 150gm air panas
  • 1 sudu teh garam halus (dimasukkan ke dalam air panas tadi & dikacau)

Cara menyediakan:

1. Tuangkan sedikit demi sedikit air panas ke dalam tepung sambil mengacau dengan sudu.

Setelah itu, gunakan tangan untuk menguli adonan sehingga menjadi doh.

2. Uli lagi sehingga doh tidak melekat di tangan.

Tambahkan 2 sudu teh air panas. Pastikan doh tidak terlalu lembik atau keras.

3. Setelah selesai menguli, tutup dan biarkan selama 1 jam. Selepas istirahat, potong doh menjadi empat bahagian.

4. Lepaskan sedikit adonan dan gulingkan dengan tepung jagung atau kanji. Ratakan sebelum menggunakan noodle maker nanti.

5. Dengan menggunakan noodle maker, atur pada level satu dan gilingkan semua adonan.

Kemudian, lipat adonan ke kiri dan kanan ke tengah, lalu giling sekali lagi menggunakan noodle maker .

6. Setelah itu, atur pada level dua dan gilingkan semua adonan hingga selesai.

Tukar ke level tiga dan gilingkan lagi adonan hingga siap.

7. Naikkan ke level empat dan gilingkan lagi. Jika adonan terlalu panjang, lipat dan gilingkan lagi.

Saya giling hingga mencapai level lima.

8. Setelah itu, giling hingga rata dan tekap menggunakan acuan bulat.

Anda boleh menggunakan acuan bulat berukuran 8 cm.

Untuk lebih faham, boleh tonton video di bawah untuk rujukan:

Bahan untuk inti:

  • 413g isi ayam | dikisar halus
  • 60g tomato | dicincang
  • 35g bawang besar | dicincang – beli online di sini
  • 10g bawang putih | dicincang – beli online di sini
  • 2 sudu teh sos tiram – beli online di sini
  • 2 sudu teh minyak bijan – beli online di sini
  • 2 sudu besar daun bawang | dihiris
  • 2 cubit serbuk lada hitam
  •  ½ kiub pati ikan bilis @ pati ayam maggi | dihancurkan
  • ½ sudu teh garam halus
  • 1 biji telur gred B

Cara penyediaan:

1. Campurkan semua bahan dan padatkan saja.
2. Bungkus dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
3. Setelah inti siap, gunakan acuan karipap untuk balut inti dalam kepingan doh dumpling.
4. Letakkan inti di tengah dan tekan rapat. Pastikan guna air di sekeliling doh sebagai ‘glue’ untuk melekat dengan baik.
5. Siapkan pengukus. Sapukan minyak pada dasar alat pengukus.
6. Susun dumpling yang sudah siap di dalam pengukus dan kukus selama 20 minit.

Buat sendiri lagi sedap dan puas hati, ini cara buat dumpling ayam

Bahan sos dumpling:

  • 2 sudu besar kicap pekat ABC – beli online di sini
  • 2 sudu besar cuka – beli online di sini
  • 2 sudu besar air suhu bilik
  • 2 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu besar minyak cili bawang putih
  • Sedikit daun bawang | dihiris
  • Sedikit bijan putih

Buat sendiri lagi sedap dan puas hati, ini cara buat dumpling ayam

Cara penyediaan:

Campurkan semua bahan ini dan sebatikan saja.

Minyak cili bawang putih:

• 7 ulas bawang putih | dicincang
• 3 sudu makan chili flakes
• 2 cawan teh minyak masak – beli online di sini
• 1 sudu teh maggi cukup rasa

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak. Apabila minyak betul-betul panas, matikan api, kemudian masukkan bawang putih.
2. Setelah bawang putih keperangan, masukkan serbuk cili. Gaul rata dan biarkan sejuk.
3. Setelah sejuk, boleh tuangkan ke dalam botol untuk digunakan.

Baca:

Ramai teringin nak jadi menantu selepas Khairul Aming hadiahkan ibu barangan kemas

Job kayangan? Haziq dedah bayaran sebenar jadi penyanyi diraja

Gadis menyondol tak fikir panjang, patutlah suami tak mahu sahkan perkahwinan, rupanya…