Boleh dikatakan agak leceh juga untuk mengekalkan kesegaran daun kari ini. Jika tidak disimpan di dalam bekas terisi air, pasti kering begitu sahaja daun-daunnya.
Atas sebab itu jugalah ramai yang sanggup biarkan daun kari mereka layu dek tiada masa untuk menyediakan bekas khas penyimpanan untuk daun kari ini.
Tahukah anda, sebenarnya ada cara paling mudah untuk orang yang tidak gemar menyimpan bahan masakan ini di dalam bekas berisi air.
Kaedah ini dikongsikan sendiri pengguna Facebook, Emma Zam yang terbukti memastikan daun ini tahan berbulan-bulan dan baunya kekal sama.
Menurutnya, dia menemui cara tersebut selepas pokok kari di rumahnya ditebang.
Dari terbuang dan membazir, daun kari yang banyak itu dikeringkan dahulu sebelum disimpan untuk tahan lama. Baunya juga kekal sama.
Boleh ikut cara ini;
1. Jemur daun kari hingga betul-betul kering.
2. Bila dah kering, masukkan daun kari dalam balang. Tutup kemas.
3. Jika nak guna waktu memasak, boleh terus cekup dan masuk dalam masakan, baunya kekal
Tip ekstra
Boleh basuh daun terlebih dahulu supaya boleh terus digunakan untuk memasak selepas dikeringkan.
Boleh keringkan dalam oven untuk lebih mudah.
Untuk lebih tahan lama, boleh simpan balang dalam peti sejuk atau freezer.
Kaedah yang sama boleh juga dilakukan untuk daun daun kunyit, daun limau purut dan daun kesum.
Baca juga: