Realtime website trackingweb stats

‘Buat Piala syok sendiri, rai macam menang Piala rasmi’ sindir TMJ

Oleh NURAIMAN

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, seolah-olah menyindir pasukan Selangor FC

selepas skuad Gergasi Merah itu meraih kemenangan dalam Piala Sultan Selangor pada hari Sabtu.

Tunku Ismail, yang juga Pemangku Sultan Johor, menyifatkan kemenangan tersebut sebagai “syok sendiri” dan menyatakan bahawa piala tersebut tidak diiktiraf di negara ini.

“Di Malaysia, trofi yang diiktiraf adalah Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, dan Piala Sumbangsih dalam saingan AFC.

Untuk layak ke kejohanan antarabangsa pula, perlu melalui Liga Super dan Piala FA,” tulis baginda di laman Facebooknya.

'Buat Piala syok sendiri, rai macam menang Piala rasmi' sindir TMJ

“Jika ada yang membuat piala sendiri dan meraikannya seolah-olah ia adalah piala rasmi, saya juga akan buat Piala Daddy dan Piala Cap Susu mulai tahun depan.”

“Pasukan lawan perlu mencari lawan yang lemah. Yang peliknya, tiada rasa malu. Ini adalah kes kronik syok sendiri,” tambah baginda.

Pada hari Sabtu lalu, Selangor FC berjaya mempertahankan Piala Sultan Selangor selepas menewaskan Singapura 2-1 di Stadium Merdeka.

Kemenangan ini merupakan piala ketiga yang dimenangi oleh skuad kendalian Nidzam Jamil, selepas Piala Selangor Asia Challenge dan RCTI Premium Sports.

BACA: ‘Wujud rupanya’ Pekerja kapal teruja tengok fenomena ‘Hujan setempat’