Buat ‘Live’ di Tiktok, ramai komen ‘Emoji’ katak hina keluarga berwajah unik

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Dalam hidup ini, ada segelintir manusia yang merasakan diri mereka terlalu sempurna sehingga berasa diri ‘layak’ untuk merendahkan serta mencemuh orang lain.

Begitulah seperti kisah keluarga istimewa bergelar keluarga Manurung yang menjadi tular di TikTok kerana memiliki wajah unik ini.

Difahamkan lagi, mereka menghidap penyakit genetik abnormal bernama Sindrom Treachers Collins.


Gambar: menunjukkan akaun Tiktok salah seorang ahli keluarga Manurung

 

Biarpun begitu menerusi setiap video di TikTok, mereka sekeluarga sentiasa kelihatan ceria menjalani kehidupan sehari-hari bersama dan menghiburkan pengikut dengan gaya-gaya lucu.

Bagaimanapun, siapa sangka ramai juga yang bersikap negatif dan tergamak menghina rupa paras keluarga Manurung itu.

Video: menunjukkan seorang pemilik akaun Tiktok @aishaa berasa terkilan apabila melihat sesetengah netizen mengecam keluarga tersebut di ruangan komen Tik tok live keluarga Manurung.

Perkara itu dapat dilihat sewaktu keluarga Manurung melakukan sesi ‘live’ di Tiktok apabila ramai yang menghantar ’emoji’ katak secara bertubi-tubi seakan ingin menyamakan mereka seperti haiwan amfibia tersebut.

Disebabkan kejadian itu, ramai netizen lain meluahkan rasa sebak dan marah terhadap individu yang suka mengecam dan menjatuhkan orang lain.

Dalam pada itu, mereka juga mengingatkan individu yang suka menghina agar berhati-hati dengan kifarah di masa hadapan.

Sumber video: pemilik akaun Tiktok ( yang dinyatakan dalam video)
Sumber: @borakdaily

Kami menjemput dan mengalu-alukan untuk kongsikan pandangan dan artikel penulisan anda ke NextStep Malaysia:
Email NextStepMalaysia: [email protected]