Realtime website trackingweb stats

Buat Kolam Sendiri Siap Dalam 7 Hari Saja

Oleh ADINDA

Buat Kolam Sendiri Siap Dalam 7 Hari Saja. Buat kolam mandi sendiri di rumah, bukan sesuatu yang mustahil. Asal kawasan rumah ada ruang, anak-anak muka mandi kolam dan ada bajet sedikit ia boleh diusahakan.

DIY solo pun boleh! Buktinya adalah perkongsian dari Eddy Azuan yang menyiapkan sendiri kolam mandi mini untuk anak-anaknya. Menariknya ia diusahakan selama 7 hari berbekalkan rujukan dari Google, Youtube & Facebook.

Malah beliau turut berkongsi langkah demi langkah untuk menyiapkan kolam yang bajetnya hanya lebih kurang RM3,000. Berbaloi kan!

DIY 7 hari kolam mandi mini

1. Inilah rupa asal ruang yang ada, rumput tiruan memang dah ada, cuma tanah tak sama level dengan lantai batu.

2. Ini lakaran pelan. Oh ya, ada yang tanya kenapa perlu buat deck keliling?
-Tak nak kucing dtg cakar
-Tak nak ada haiwan ‘bermastautin’ celah-celah.
-Melindungi sistem pipe yang ada.
-Nampak kemas dan siap.

3. Barang-barang order dari online. 3 hari terus sampai depan rumah. Cuma KANVAS kolam sebelah dalam beli dari set pool yg dah siap – BESTWAY 2m x 4m, kedalaman 1m. Boleh cari di Shopee, harga lebih kurang RM700-800.

4. Kerja-kerja dimulakan dengan memunggah semula rumput tiruan untuk proses meratakan sedikit tanah.

5. Lebih kurang 15 kampit pasir digunakan. Kenapa tak simen? Tak larat nak bancuh. Kenapa tak pakai tanah merah? Kat kedai online tu je ada, senang sekali order. Rumusan, sebaiknya lantai simen dulu cun kalau ada MODAL tenaga dan mesin.

6. Lebih kurang hasil setelah pasir diratakan, jangan lupa paip longkang untuk air keluar. Hujungnya akan ditutup dengan jaring supaya tiada haiwan boleh keluar masuk.

7. Kemudian cover balik dengan WEED MAT untuk elak pertumbuhan tumbuhan di celah-celah ruang. Saya kekalkan rumput tiruan sebagai alas sebab nak jadikan lembut di dasar kolam bila pijak. Risau k ada batu, atau benda tajam lain.

8. Framing dimulakan dengan jasa bahan mentah BESI BIRU! Perlahan-lahan potong pakai gunting, tak berani pakai GRINDER.

9. Anak-anak ‘membantu’ selama 3 minit.

10. Siap lebih kurang frame untuk deck. Ingat, ini untuk tampung decking, tak pasti kalau pakai kanvas tanpa set pool buleh tampung beban air atau tak.

11. Indahnya besi biru ni, walau dia bakal hilang di mata. Tapi takkan dilupakan jasanya sebagai tetulang keutuhan DECK nanti. Tangga pool tu lebihan, nanti kena DIY adjust sikit. Lepas siap frame, kita usahakan sistem PAM dan FILTERnya. Asalnya pam 0.5hp, kemudiannya akan ditapis ke sand filter. Namun selepas dicuba pam 0.5hp tak cukup power utk bantu bila nak vacuum sedut habuk di lantai maka UPGRADE ke 3.0hp

14. Lepas siap sistem pipe dan pump, mula pasang kolam kanvas dan try isi air. Deck dipasang, saya guna PRIMA PLANK, ada urat kayu. Hampir siap, memamg buat sekali area untuk shower dan cuci kaki. Si kecik ni dah mula enjoy ruang baru dan akhirnya! Siap!

Selamat mencuba.

Tonton:

Join telegram channel:

NextStep Malaysia Channel

Baca:

Ubati Demam Anak Menggunakan Ayat Al-Quran

Aktiviti Lepak Santai Bergambar di Lorong Kecemasan?

Rumah Hangus Terbakar, Al-Quran Tidak Terjejas