Realtime website trackingweb stats

Buat filem dilarang Islam, tapi Fizz Fairuz rayu tonton dulu baru nilai

Oleh ADINDA

Buat filem dilarang Islam, tapi Fizz Fairuz rayu tonton dulu baru nilai. Pelakon Datuk Fizz Fairuz terbuka menerima teguran dibuat Pencetus Ummah (PU) Syed terhadap filem arahannya iaitu Mat Tudung Begins yang didakwa melakukan perkara dilarang agam Islam iaitu lelaki berpakaian menyerupai wanita.

Fizz atau Mohd Fairuz Zainal Abidin, 43, sebaliknya meminta PU Syed tidak cepat menjatuhkan hukum sebaliknya menilai secara keseluruhan jalan cerita filem tersebut.

“Saya tidak boleh menafikan teguran yang PU Syed buat sebab dia menjalankan tanggungjawab dengan Allah, dia perlu menegur tapi sekiranya saya tak terima, tanggungjawabnya sudah lepas.

“Saya terima dengan baik tapi bagi saya sebelum nak beri pendapat, jangan haramkan filem saya… tapi tonton dulu kemudian baru nilai.

“Saya ini anak seni, jadi tak mungkin saya tak tahu mengenai hukum hakam agama. Apa sahaja kritikan peminat saya terima walaupun ada yang berikan kata-kata menyentuh emosi tapi saya tetap terima dengan hati terbuka,” katanya kepada mStar.

Selain Fizz bertindak sebagai pengarah dan pelakon utama, Mat Tudung Begins turut menampilkan barisan pelakon seperti Acey Bocey, Isyariana, Maryam DurianKimchi, Kazar Saisi, Fazlina Ahmad Daud dan Mimi Peri.

Mat Tudung Begins bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 3 Ogos ini.

Baca:

Bagus dapat bos macam ni, siap belanja staf RM10,000 suruh kahwin

Murid ini tiba-tiba jumpa cikgu mintak nak healing tengok movie di sekolah, cikgu layan je siap hidang karipap

Sering tunjuk wang berkepuk-kepuk, influencer ditemui mati dengan badan dikerat-kerat