Realtime website trackingweb stats

Buat-buat tanya jalan, lelaki kongsi detik cemas orang tuanya nyaris diculik, orang dewasa pun tak selamat

Oleh HADI KAMARUDIN

Seorang pemuda berkongsi detik cemas yang dialami oleh ibunya ketika hampir ‘diangkut’ oleh individu tidak dikenali di Johor Bahru baru-baru ini.

Dalam satu hantaran video yang meraih lebih 1.3 juta tontonan dalam masa sehari,

Pemuda tersebut menceritakan bahawa kejadian itu berlaku ketika ibunya dalam perjalanan ke surau.

Menurutnya, ketika ibunya sedang berjalan, tiba-tiba sebuah kereta jenis Proton Saga berhenti di hadapannya untuk bertanya arah jalan.

Dalam kereta tersebut terdapat seorang budak perempuan bersama seorang pakcik, yang membuatkan ibunya berani menghampiri mereka.

Buat-buat tanya jalan, lelaki kongsi detik cemas orang tuanya nyaris diculik, orang dewasa pun tak selamat

“Pakcik itu menunjukkan telefon bimbitnya, tidak tahu jalan, tetapi dia kelihatan ragu-ragu. Jadi, mak aku pun mendekat untuk melihat lebih dekat. Namun, ketika dia sudah melihat, orang di belakang tiba-tiba membuka pintu dan perlahan-lahan menarik baju mak aku.”

“Mak aku pun terkejut dan merasakan sesuatu yang tidak kena, lalu dia terus menjerit. Kereta itu pula cepat-cepat memecut lari.”

Berikutan kejadian yang menimpa ibunya, pemuda ini memberi peringatan kepada semua agar berhati-hati, tidak kira kanak-kanak, golongan muda, mahupun golongan tua, kerana mereka semua berpotensi menjadi mangsa ancaman seperti ini.

@browangi Hmm jaga2 ok guys Bahaya sekarang kat mana2 ada cubaan nak menculik Awas di mana2 juga #fypシ #fypmalaysia #fypシ゚viral #beritahariini ♬ original sound – Bro Wangi

Dia menjelaskan bahawa lokasi kejadian tersebut bukanlah di kawasan sunyi tetapi di tempat yang ramai orang. Pemuda tersebut menunjukkan lokasi kejadian itu, yang kelihatan sangat riuh dan dipenuhi orang.

“Waktu-waktu seperti ini, bayangkan banyak kereta, tetapi mereka masih boleh melakukan perkara sebegini.”

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen merasa gerun dan bimbang terhadap ancaman seperti ini. Selain itu, berdasarkan penceritaan pemuda ini, netizen juga berspekulasi bahawa budak perempuan dalam kereta itu mungkin juga merupakan mangsa culik.

Persoalan tersebut dijawab dalam satu lagi video, di mana pemuda itu menjelaskan sebab mengapa ibunya berani menghampiri mereka. Dia juga menunjukkan cara bagaimana salah seorang pelaku berusaha mengumpan ibunya.

BACA: Jika prestasi ringgit kekal, Malaysia jadi negara berpendapatan tinggi jelang 2028