“Oh tidak…. Hangit pulak lauk aku ni. Ingat tadi nak biar lama sikit, dah terlupa langsung nak tutup api. Hitam legam dibuatnya. Apa cara hilangkan karat kuali ni ya?”
Ini adalah sesuatu yang sering berlaku.
Kadang-kadang walaupun masakan tidak pernah hangus, tetapi periuk atau kuali masih menjadi hitam.
Jadi, apa yang harus anda lakukan?
Tentu tidak mahu menggunakan pemutih Clorox.
Akhirnya, masakan yang dimasak akan terasa seperti Clorox, dan itu berbahaya.
Berikut adalah cara untuk menghilangkan karat dari periuk menggunakan bahan-bahan semulajadi.
Jadi, tidak perlu risau lagi.
1. Garam
Bahan yang paling mudah anda boleh dapati di dapur adalah garam.
Cara untuk menghasilkannya sangat mudah.
Hanya perlu panaskan air dalam periuk dan tambahkan sedikit garam.
Kemudian, kacau campuran itu dengan sudip sambil menggesel bahagian dalam periuk.
2. Cuka
Rebuskan cuka dalam periuk yang hangus tadi.
Rendamkan sebentar sampai periuk benar-benar sejuk.
Selepas itu, cuci dan sental seperti biasa.
3. Soda bikarbonat
Baking powder atau soda bikarbonat boleh digunakan dengan lemon atau cuka.
Jika tidak ada, cukup gunakan soda bikarbonat atau baking powder saja pun sudah memadai.
Panaskan air dalam kuali sehingga mendidih, kemudian tambahkan soda bikarbonat atau serbuk penaik.
Biarkan air sejuk sebelum mencucinya.
4. Lemon
Lemon juga dikenali sebagai bahan pencuci yang berkesan.
Caranya sangat mudah.
Hanya perlu potong lemon dan rebus sekali dengan kulitnya.
Kemudian, biarkan sejuk selama 3-4 jam dan bersihkan periuk seperti biasa.
5. Cream of tartar
Cara menggunakan krim tartar juga sama dengan menggunakan soda bikarbonat.
Rendamkan semalaman, dan esoknya, anda boleh menggosoknya dengan mudah.
6. Kentang
Terdapat dua cara untuk menggunakan kentang.
Pertama, gunakan sebagai skrub dengan menabur sedikit garam.
Cara ini biasanya berfungsi dengan baik untuk menghilangkan karat pada periuk yang telah lama tidak digunakan.
Jika periuk anda hangus dengan kesan yang keras, anda boleh menggunakan kulit kentang untuk membersihkannya.
Cukup letakkan kulit kentang dalam periuk dan tambahkan air sehingga menutupi kesan hangus.
Kemudian, panaskan air sehingga mendidih.
Kesannya, kesan hangus pada periuk akan hilang dengan mudah.
7. Asam keping
Ambil segenggam asam jawa dan masukkan ke dalam kuali atau periuk yang berkarat yang anda mahu bersihkan.
Biarkan ia mendidih di atas api sebentar.
Selepas itu, biarkan ia sejuk dan gosok permukaan kuali atau periuk menggunakan asam jawa tadi sehingga kesan karat hilang.
Cara untuk menghilangkan karat dan kerak hitam dari kuali atau periuk sangat mudah dan selamat dilakukan.
Semuanya menggunakan bahan semula jadi.
Semoga bermanfaat!
Baca:
Terlalu utamakan ruang peribadi, Malaysia duduki tempat ke-3 paling ramai ‘single’
Penganalisis dedah Toyota dan Perodua bakal keluarkan dua model SUV baharu