Realtime website trackingweb stats

‘Boleh tak sir jangan pindah?’ – Luahan murid ini patut celikkan ibu bapa pantau anak-anak

Oleh ABDULLAH HAMID

Luahan isi hati seorang murid terhadap guru sehingga memaksa pendidik kacak itu jangan pindah tular menarik perhatian warganet.

Murid berkenaan tidak membenarkan gurunya yang mungkin mengajar Bahasa Inggeris berpindah kerana dia telah jatuh cinta.

Katanya, dia akan tidak bermotivasi untuk hadir ke sekolah jika guru berkenaan mengambil keputusan berpindah.

'Boleh tak sir jangan pindah?' - Luahan murid ini patut celikkan ibu bapa pantau anak-anak

“Boleh tak sir jangan pindah? Saya tak semangat nak datang sekolah dah sir tak ada. Saya suka kat sir, saya tak nak cikgu lain ajar kelas ni.

“Saya dah lama suka dekat sir. Saya rasa saya dah jatuh cinta dekat sir, tolonglah sir balik sekolah ni ajar kelas saya semula” tulis murid itu.

Susulan itu, rata-rata warganet menasihatkan ibu bapa mendidik anak masing-masing supaya tidak melampaui batas.

“Crush kat cikgu tu normal. Tapi jadi weird bila gi confess.

“Zaman dulu budak sekolah mampu suka dan tak menggeletis begini. Lumrah perasaan suka tapi janganlah dik sampai meluah perasaan and sanggup buat apa saja demi perasaan suka jatuh cinta tu.

“Tidak salah cikgu kacak. Buat rosak perkara ini ialah murid yang tidak sedar perasaan menguasai akal.

“Didikan emak ayah sangat penting untuk budak menginjak zaman remaja. Gedik dan mengada adalah perkara biasa bagi perempuan,” demikian antara kata warganet.

Dalam masa sama, ada yang turut menasihatkan supaya golongan guru agar tidak mengambil kesempatan memandangkan isu murid ‘crush’ dengan guru memang sejak dulu lagi berlaku.

“Yang penting cikgu cikgu tak layan atau ambil kesempatan. Jaga batas, maruah sendiri dan maruah anak orang lain,” kata seorang netizen lagi.

Baca:

Tidak perlu beli lagi, ini tips menjadi semai daun sup

Ikan ‘frozen’ lebih tinggi khasiat berbanding yang segar

Rimas rambut gugur dan menipis, boleh amal 5 langkah ini, nombor 3 tu kena bersabar ambil masa