Seorang lelaki yang mendakwa dirinya orang kelainan upaya (OKU) menempah kecaman netizen apabila bertindak memaki dan mengugut hanya kerana tidak mendapat duit yang diminta.
Aksi pengemis itu mencampakkan beberapa helai wang kertas setelah permintaannya ditolak kepada seorang individu benar-benar biadab.
Pengguna TikTok, aaparf berkongsikan klip video yang memaparkan perangai keji pengemis berkenaan.
Menurutnya, OKU itu mulanya menghampirinya dan cuba untuk mengambil kesempatan dengan meminta sedekah.
“Ini kali kedua kena dengan pengemis yang kononnya dia kata dia pemegang kad OKU. Lepas itu nak duit beli beras mak ayah.
“Tahun lepas kena dekat Jalan Tunku Abdul Rahman, dia minta juga duit kata nak beli makanan. Kalau tak bagi dia akan mengamuk dan maki sampai nak pukul,” katanya.
Justeru, beliau menasihati orang ramai agar berwaspada ketika berdepan dengan individu seperti itu.
“Sesiapa yang jumpa dia, tolong berhati-hati terutamanya perempuan. Aku tak faham dia ni kenapa? Siapa pernah kena dengan dia?” tanyanya.
Rupa-rupanya ramai mengaku pernah mengalami insiden sama dan berharap ada orang tampil membuat laporan kepada pihak berwajib.
Dalam masa sama, netizen turut kantoikan individu biadab itu apabila dapat menjejaknya di TikTok. Dia rupanya ada akaun Tiktok. Ada yang ‘kagum’ dengannya yang memiliki pengikut lebih ramai daripada mereka.
@aaparf Cuba balik up.. tadi tetiba kena b**** #fypシ #fypシ゚viral ♬ AIN’T GONNA STOP – Carol Kay
Baca:
Tak berperang tapi curi duit orang beli iPhone, individu godam kad kredit rakyat Israel dikecam
Kerana minat, lelaki Malaysia jejak ‘Kak Ponti’ sampai ke Jepun, dua bulan kumpul duit tapi berbaloi
Yang mana letak gambar profil ada Menara Eiffel, dah boleh fikir dua kali lepas tengok gambar ini