Realtime website trackingweb stats

Boleh pula buat susu anak bancuh syabu, akhirnya penjual air balang dan isterinya ‘kantoi’

Oleh ADINDA

Heboh seorang bayi lelaki di sebuah flat dekat Taman Medan, Petaling Jaya diberi minum susu dibancuh syabu oleh ibunya pada 19 Februari lalu.

Kejadian nyaris menyebabkan bayi berkenaan maut akhirnya membongkar gaya hidup ibu bapa bayi itu.

Rupanya, suami isteri terbabit, masing-masing berusia 34 dan 40 tahun disahkan positif dadah.

Boleh pula buat susu anak bancuh syabu, akhirnya penjual air balang dan isterinya 'kantoi'

Suspek lelaki yang bekerja sebagai penjual air balang itu juga mempunyai rekod berkaitan kes dadah.

Sebelum itu, nasib malang bayi berkenaan mempunyai ibu bapa penagih dadah ‘kantoi’ selepas polis menerima aduan daripada pihak Hospital Kajang pada 20 Februari lalu.

Mulanya disedari nenek bayi berkenaan yang menjaganya pada hari kejadian.

Dilaporkan, pasangan suami isteri terbabit menghantar bayi mereka untuk dijaga neneknya yang tinggal di Seri Kembangan.

Walau bagaimanapun, ketika dalam jagaan wanita berusia 55 tahun itu, bayi itu tidak berhenti menangis.

Bayi itu juga menjadi terlalu aktif dan sukar dikawal, menyebabkan neneknya bertanyakan ibu bayi berkenaan punca cucunya itu berkelakuan pelik.

Ibu bayi itu kemudiannya mengaku ‘tersilap’ membancuh susu bayi berkenaan menggunakan air syabu milik suaminya.

Berkenaan keadaan bayi itu, dia sudah discaj dari Hospital Kajang pada 22 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, bayi berkenaan sudah sihat.

Ibu bapi bayi itu direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.

Baca:

Pesaing Tesla baharu, BYD seal dijual dengan harga bermula RM179,800

Dengki Arab Saudi catat banyak rekod dunia cecah 160 pengiktirafan, ini anggapan para ‘haters’

Anak memberontak dan menangis nak ‘handphone’, pakar psikologi ini dedah risiko anak jadi hamba gajet