Realtime website trackingweb stats

Boleh ke Kim Seri kena saman? Peguam Korea tampil beri jawapan

Oleh NURAIMAN

Boleh ke Kim Seri kena saman? Peguam Korea tampil beri jawapan. Selebriti TikToker Kim Seri terus menjadi bualan hangat apabila didakwa menipu pakej pelancongan serta masih gagal melangsaikan hutang mencecah ratusan ribu ringgit kepada pelanggannya.

Ramai mangsa yang tampil menyuarakan rasa tidak puas hati dan mula berfikir untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Kim Seri. Namun, persoalannya, bolehkah dia disaman?

Boleh ke Kim Seri kena saman? Peguam Korea tampil beri jawapan

Apa Kata Peguam Korea?

Susulan isu ini, seorang peguam dari Korea Selatan dikenali sebagai Lee tampil memberikan penjelasan mengenai prosedur saman di Korea.

Menurutnya, sebelum sebarang tindakan undang-undang boleh diambil, beberapa perkara perlu diperiksa terlebih dahulu.

Penipuan Atau Tidak? Ini Cara Menentukannya

Untuk menentukan sama ada Kim Seri boleh disaman atas penipuan pakej pelancongan, dua aspek utama perlu dikaji:

Adakah perkhidmatan benar-benar tidak disediakan?

Jika agensi pelancongan tidak memberikan langsung perkhidmatan yang telah dijanjikan walaupun bayaran telah dibuat, ia boleh dianggap sebagai kes penipuan.
Jika servis diberikan tetapi tidak menepati janji dalam kontrak?

Jika perkhidmatan diberikan tetapi tidak mencapai standard seperti yang dijanjikan dalam kontrak, ini masih boleh dikira sebagai penipuan, bergantung kepada sejauh mana ketidakpatuhan tersebut.

Namun, jika hanya berlaku kegagalan memberikan servis pada tahap biasa, ia lebih kepada isu sivil, bukan jenayah.
“Adakah ini benar-benar penipuan? Ia bergantung kepada sama ada agensi pelancongan benar-benar memberikan servis atau tidak,” jelas Lee.

Jika Kim Seri memang pernah menyediakan servis tersebut, ia tidak boleh dikira sebagai kes penipuan dari sudut perundangan Korea.

Boleh Ke Kim Seri Disaman di Korea Selatan?

Selain itu, aspek bidang kuasa juga memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Kim Seri.

✅ Jika Kim Seri masih berada di Korea Selatan, maka pihak berkuasa dan undang-undang di negara tersebut boleh mengambil tindakan terhadapnya.

❌ Jika dia sudah kembali ke Malaysia, maka tindakan undang-undang di Korea Selatan akan berdepan dengan banyak kekangan. Ini kerana polis Korea tidak mempunyai bidang kuasa untuk menahan atau membawa dia ke perbicaraan jika dia bukan warganegara Korea.

“Anda perlu menganalisis kedua-dua aspek ini dahulu sebelum membuat keputusan,” ujar Lee dalam videonya.

Apa Langkah Seterusnya?

Setakat ini, belum ada kepastian sama ada tindakan undang-undang akan diambil terhadap Kim Seri. Namun, penjelasan ini sekurang-kurangnya memberikan gambaran jelas kepada mangsa mengenai langkah yang boleh diambil untuk mendapatkan hak mereka.

BACA LAGI :

Kim Seri tak rasa bersalah tipu pakej travel Korea, tenang buat IG story

Alami sekatan ekonomi, rupanya ini cara Korea Utara jana kewangan negara

‘Apa yang mereka lakukan sekarang’ Pemuda kongsi kisah pengalaman jadi pelajar pertukaran Universiti Korea Utara