Cuaca panas pada tahap dua iaitu amaran gelombang haba dengan suhu maksimum harian di antara 37 hingga 40 darjah Celsius masih dijangka berlaku Perlis.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, ramalan cuaca panas itu berlarutan sepanjang tiga hari berturut-turut sehingga 24 Mac ini di keseluruhan negeri Perlis.
Sepanjang tempoh itu juga, tiada taburan hujan yang dikesan setakat ini.
Selain itu, penduduk di sembilan daerah di Kedah juga perlu berjaga-jaga dengan cuaca panas pada tahap satu iaitu amaran berjaga-jaga dengan suhu tidak melebihi 37 darjah Celsius.
Kawasan terbabit melibatkan Baling, Kuala Muda, Pendang, Kota Setar, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Sik dan Pulau Langkawi.
Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca panas yang sama dengan suhu di antara 35 hingga 37 darjah Celsius juga masih dijangka melanda negeri Perak yang melibatkan Hulu Perak, Kuala Kangsar, dan Kinta.
Namun, MetMalaysia dalam kenyataannya juga berkata, hujan lebat, ribut petir dan angin kencang juga masih berpotensi berlaku.
Keadaan itu dijangka berlaku menjelang sebelah petang di Pantai Barat Semenanjung.
Baca:
“Saya terkilan..” – 2 tahun berlalu, Dayang selesai rakam lagu terakhir Rudy Imran
Resipi parfait yogurt kurma juadah berbuka yang menyelerakan, mudah dan sekejap saja nak buat