Realtime website trackingweb stats

“Bila meter minyak tunjuk simbol E, buat tiga perkara ini untuk elak enjin mati tiba-tiba” – Abg JPJ

Oleh ABDULLAH HAMID

Tahukah Anda Simbol Amaran “E” Bukan Bermaksud Minyak Kereta Habis?

Kalau bawa kereta tiba-tiba muncul simbol E pasti dah gelabah fikir minyak dah habis kan?

Kami pasti anda semua tidak tahu sejauh mana kereta anda masih boleh berjalan sekiranya simbol itu muncul berkelip-kelip.

Jika aras di paparan meter minyak kita menunjukkan simbol F, seperti yang kita tahu simbol tersebut membawa maksud FULL (penuh).

Jadi, bagaimana pula dengan Simbol E? Saya yakin mesti ada yang akan ingat maksud simbol tu adalah EMPTY atau EMERGENCY tapi rupa-rupanya simbol E ini membawa maksud ENOUGH.

Ya, ianya bermaksud ‘enough’ atau dalam bahasa melayunya ‘cukup’.

Jadi, mesti anda tertanya-tanya mengapa maksud simbol E tersebut membawa maksud Enough (cukup) dan bukan Empty (kosong).

Sebenarnya adalah penting untuk kita semua tahu jarak perjalanan yang masih mampu diteruskan.

Untuk mengelakkan kereta anda mati secara tiba-tiba, apa yang kita perlu ambil tahu adalah :-

1) Tangki kenderaan mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi ‘E’ tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin.

Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh sekurang-kurangnya 60km.

2) Jika pendingin hawa dipadamkan (off), ia mampu memberi tambahan lagi 10km.

3) Tambahan lagi 10km jika anda memandu sekitar kelajuan 50 km/jam secara konsisten.

Perkongsian yang amat berguna ini saya dapat daripada Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ iaitu Dato’ Ir Hj Mohamad b. Dalib.

Pesan beliau, jangan panik jika simbol E pada panel meter minyak anda menyala, yang penting anda harus tahu berkenaan ketiga-tiga perkara di atas untuk memastikan supaya kereta kita tidak mati di tengah jalan dengan tiba-tiba.

 

Baca : 

Afieq Shazwan rupanya seminggu murung babak ‘panas’ dikecam, ini nasihat Kak Fasha 

Penolong pegawai penyiasat trafik sanggup datang rumah, ini makna mudahkan urusan orang 

Selepas rakam gambar korban keganasan penjajah, giliran jurugambar Palestin ini pula berduka