Baru-baru ini, ramai orang yang mengeluh tentang bil elektrik yang tinggi.
Meskipun rumah mereka tidak ramai orang, namun bil elektrik hampir mencapai RM200. Ini membuatkan mereka pening kepala.
Namun, ada rumah yang memiliki banyak penghuni tetapi bil elektrik mereka rendah.
Bahkan ada yang hanya RM50 sebulan, seperti pemilik kediaman bernama Aishahumaira Idris.
Meskipun rumahnya dihuni oleh lima orang dan menggunakan peralatan elektrik seperti pendingin udara, bil elektriknya hanya kira-kira RM50 sahaja.
Jika ingin tahu rahsianya, boleh membaca perkongsian beliau.
Cara kekalkan bil elektrik rumah RM50 sebulan
Dengan kesedaran, kami memang berusaha untuk menjimatkan penggunaan elektrik.
Secara puratanya, apabila menyebut mengenai bil elektrik kami, ia berada dalam lingkungan RM50, dan ramai yang terkejut dengan jumlah tersebut.
Kami adalah lima orang dalam satu rumah, terdiri daripada dua dewasa dan tiga kanak-kanak.
Dulu, sebelum kami tinggal di rumah sendiri, bil elektrik melonjak melebihi RM100.
Namun, apabila tinggal di rumah sendiri, kita dapat mengawal dan melaksanakan penggunaan elektrik, terutama dalam pemilihan barang-barang yang digunakan.
Saya ingin berkongsi sedikit mengenai bagaimana kami buat.
Disclaimer: Ini adalah cara kami. Mungkin ada yang benar atau salah. Jika ada yang benar, boleh diambil iktibar. Jika ada yang salah, sila beri tunjuk ajar.
Barang-barang dalam rumah kami agak sama seperti kebanyakan rumah.
- Tv, wifi
- Air cond 3 unit (2 bilik, 1 ruang tamu)
- Coway
- Peti ais
- Mesin basuh
- Air fryer (hari-hari guna)
- Induction cooker (hari-hari guna)
- Microwave
- Water heater 2 unit
- 5 buah kipas syiling
1. Niat
- Mengikut ajaran Islam, Rasulullah sendiri menasihati kita agar mengambil wudu tidak lebih dari 3 kali, bahkan di sungai yang mengalir. Betul tak?
- Sumber terhad. Dunia ini tidak mempunyai sumber yang tidak terhad. Jadi, ambillah apa yang anda perlukan (atau sekurang-kurangnya cubalah).
- Kewangan. Tentu, berjimat elektrik juga bermaksud berjimat wang.
2. Energy saver
- Mana-mana yang boleh dapatkan inverter, kami sedang usahakan. Bagi air cond dan peti sejuk (itu saja).
- Jika nak membeli, usahakan untuk mencari yang mempunyai 5/4 bintang dari segi penggunaan tenaga.
3. Suhu air cond set asalkan selesa
- Biasanya, air cond hanya digunakan semasa tidur di dalam bilik (ada 2 bilik).
- Apabila ada tetamu atau cuaca panas, kami hidupkan di ruang tamu.
- Suhu ditetapkan pada 24/25°C (ini sudah sejuk bagi kami). Ada yang menetapkan suhu kadang-kadang sehingga 16°C, lalu perlu menggunakan selimut yang tebal.
- Apabila kita menetapkan suhu tidak terlalu rendah, kompresor air cond bekerja dengan lebih ringan. Keadaan ini dapat dilihat pada waktu musim panas bulan lepas.
Bil meningkat sebanyak RM30 walaupun rutin penggunaan air cond kami tidak berubah.
4. Heating element
- Saya pernah dengar bahawa barangan yang menggunakan pemanas seperti dryer, Coway, dan iron banyak menggunakan elektrik, jadi, kami matikan fungsi HOT WATER pada Coway.
- Sebab sebenarnya, jarang digunakan air panas, hanya sekali-sekala sahaja. Kami hanya akan menghidupkannya apabila ada tetamu.
- Rumah kami tidak dilengkapi dengan dryer. Kami memasukkan dryer ke dalam senarai kehendak untuk dibeli. Namun, jika ada, kami mungkin hanya akan menggunakannya apabila sangat diperlukan, supaya fabrik tahan lebih lama. Tambahan pula, jika fabrik dikeringkan di bawah sinaran matahari, ia kurang berkedut dan tidak perlu disetrika.
- Penggunaan pemanas air juga jarang berlaku. Lebih baik mandi dengan air sejuk.
- Kebanyakan pakaian dan tudung yang kami gunakan adalah jenis yang tidak perlu disetrika.
5. Laundry time ketika rate elektrik
- Info ini aku tak pasti dari sumber mana. Aku pernah dengar yang kadar elektrik rendah dari pukul 10 malam hingga 8 pagi esoknya.
- Jadi, kami biasanya akan mencuci pakaian dalam tempoh masa ini.
6. Tak guna eletrik sila nyahaktifkan
- Ni agak mencabarkan, untuk anak kena selalu ingatkan dan jangan buatkan untuk mereka. Kalau anak keluar toilet tak tutup lampu.
- Jangan tutupkan. Panggil siapa yang guna, minta untuk tutupkan. Penat jugak. Tapi habit ni perlu didik dari kecil kan..
- Mana area yang tak guna, tak perlu nak on lampu kipas. Tutup.
Semoga pengalaman ini bermanfaat buat anda semua yang membaca.
Baca:
Kakak Neelofa kongsi rahsia kekal ramping dan sihat
Kisah Pak Din dari Pendang, ‘gelandangan mewah’ 18 tahun tinggal dalam kereta
Patut pun Israel takut, kehebatan terowong Hamas buat zionis terkejut