Biasa dengar pelajar ponteng, ini pelik bila guru ponteng, siap kena bayar RM90,000 kepada murid

Oleh ADINDA

Biasa dengar pelajar ponteng, ini pelik bila guru ponteng, siap kena bayar RM90,000 kepada murid. Tiga pelajar yang memfailkan saman terhadap bekas guru bahasa Inggeris mereka di daerah Kota Belud utara Sabah kerana tidak hadir kelas selama tujuh bulan telah memenangi kes mereka di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah.

Hakim Leonard David Shim turut memerintahkan pelajar terbabit diberikan pampasan RM50,000 setiap seorang akibat trauma yang dialami mereka.

Menurut Shim, keputusan itu dibuat selepas tiga pelajar terbabit dinafikan hak perlembagaan masing-masing untuk mengakses pendidikan oleh lima defendan.

Baca Artikel Penuh