Realtime website trackingweb stats

Betul ke? Mandi malam membahayakan kesihatan, ini jawapan pakar

Oleh ABDULLAH HAMID

Terdapat banyak salah faham mengenai isu mandi pada waktu malam.

Ramai berpendapat bahawa ia lebih banyak mendatangkan mudarat daripada kebaikan, termasuk kemungkinan mendatangkan penyakit.

Malaysia mempunyai iklim tropika yang panas dan lembab, jadi mandi malam tidaklah mendatangkan kemudaratan.

SEBAB MENGAPA ELAK MANDI MALAM

Dahulu, ramai yang tinggal di kawasan luar bandar dan menggunakan perigi serta sungai untuk mandi.

Betul ke? Mandi malam membahayakan kesihatan, ini jawapan pakar

Pergi ke perigi atau sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan dalam suasana gelap mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti haiwan berbisa dan risiko di sungai.

Oleh sebab itulah mungkin orang tua melarang kita mandi pada waktu malam.

LEBIH BAIK BERSIHKAN BADAN SEBELUM MASUK TIDUR

Kini, dengan kemajuan yang kita nikmati dan kemudahan yang lebih baik, bagi mereka yang pulang lewat, adalah lebih baik untuk membersihkan badan terlebih dahulu sebelum tidur.

Setelah bekerja seharian, otak dan badan anda memerlukan rehat.

KEBAIKAN MANDI MALAM DENGAN AIR SUAM/HANGAT

Mandi pada malam hari (sebelum tidur) dengan air suam dapat membantu:

Mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.
Membuka liang roma.

Membersihkan badan dengan mengeluarkan toksin.
Memberikan kesan segar kepada badan.
KENAPA PERLU MANDI?

Mandi bukan sahaja berfungsi untuk membersihkan badan daripada kotoran, tetapi juga membantu menghilangkan stres.

Mandi memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan sistem imun badan dan mencegah penyakit kulit seperti ekzema serta masalah kesihatan lain. Ia juga membantu anda tidur dengan lena dan mengurangkan masalah insomnia.

Nasihat saya, mandilah setelah pulang bekerja atau bersukan, walaupun di waktu malam. Gunakan air suam atau hangat untuk membersihkan diri. Mandi di malam hari tidak mendatangkan mudarat.

BACA: Rupanya motorsikal yang sama ragut nyawa abang mangsa kemalangan ngeri empat pelajar UiTM Dungun