Realtime website trackingweb stats

Betul ke kubis goreng punca kanser? Ikuti perkongsian ini

Oleh ADINDA

Kubis yang digoreng hingga hangus seperti yang sering kita jumpai dalam hidangan ayam gepuk mengalami proses kimia yang disebut sebagai Tindak Balas Maillard dan menghasilkan sebatian kimia yang disebut Acrylamide.

“Doktor Beri Amaran: Elak Makan Kubis Goreng Hangus, Boleh Tingkatkan Risiko Kanser!”

Untuk pecinta makanan pedas, apabila ditanya tentang makanan kegemaran, ramai akan menyebut hidangan ayam gepuk kerana sambalnya yang pedas.

Betul ke kubis goreng punca kanser? Ikuti perkongsian ini

Selain sambal yang boleh membuatkan kita berpeluh, hidangan ayam gepuk juga biasanya disajikan dengan kubis yang digoreng hingga hangus.

Namun, baru-baru ini, kubis yang digoreng hampir hangus ini telah menarik perhatian seorang doktor kesihatan.

Dalam video yang dimuat naik di laman TikTok oleh @drwanshare, seorang doktor kesihatan yang dikenali sebagai Dr. Muhamad Hazwan menjelaskan kesan makan kubis goreng yang hangus tersebut.

Dalam video tu, doktor tu cakap kubis goreng yang dah terbakar sangat atau hitam boleh jadi sebab seseorang boleh dapat kanser.

Maksud dia, bila makanan terbakar, dia akan alami sesuatu tindak balas kimia yang disebut sebagai Tindak Balas Maillard dan menghasilkan bahan kimia yang disebut sebagai Akrilamida.

Tindak balas ni berlaku bila makanan tu ada protein, gula, dan dimasak dengan suhu yang tinggi.

“Jadi, kalau hang goreng makanan sampai hangus, bakar ke, atau BBQ pun, selagi dia hangus, dia akan hasilkan satu bahan kimia yang dipanggil Akrilamida,” jelas Dr. Hazwan.

Dr. Hazwan mendapati dari satu kajian bahawa jika seseorang kerap mengambil makanan yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil Acrylamide, ia boleh meningkatkan risiko mendapat kanser.

Kanser dapat berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor yang berbeza.

Tetapi, seorang doktor telah menjelaskan bahawa terdapat beberapa faktor selain daripada pemakanan yang boleh menyebabkan seseorang mendapat kanser.

Contohnya termasuklah genetik, gaya hidup dan lain-lain.

Kanser bukanlah sesuatu yang mudah untuk didapat. Tidak semudah memakan kubis goreng sekali lalu terus mendapat kanser.

Malah, mengambil contoh, memakan roti bakar pun boleh menyebabkan kanser kerana ada kesan hitam pada roti – Dr. Muhamad Hazwan.

Klasifikasi IARC Tentang Penyebab Kanser

Mungkin ramai yang bertanya-tanya sama ada klasifikasi yang dikeluarkan oleh IARC ini boleh digunakan atau tidak.

Jawapannya adalah ya.

Seorang ahli farmasi di laman X (Twitter @Fahmibinhassan) telah berkongsi tentang risiko kanser berdasarkan klasifikasi daripada IARC.

Klasifikasi IARC tidak mempertimbangkan seberapa besar risiko bahan penyebab kanser tersebut.

Ia akan dikelaskan dalam kategori tertentu selagi terdapat bukti bahawa ia menyebabkan kanser, tanpa mengambil kira risikonya tinggi atau rendah.

Untuk membantu anda memahami lebih lanjut tentang jenis-jenis risiko yang menyebabkan kanser, berikut adalah klasifikasi mereka:

Kumpulan 1:

Merupakan bahan-bahan yang boleh menyebabkan kanser kepada manusia. Antara contoh bahan tersebut ialah alkohol, daging yang telah diproses, beberapa jenis HPV, dan sinaran ion.
Profesion seperti tukang bedah rambut atau penata rambut juga terdedah kepada risiko ini.

Kumpulan 2A:

Bahan-bahan dalam kategori ini berkemungkinan menyebabkan kanser kepada manusia.

Contohnya termasuklah daging merah, kerja malam, dan pendedahan kepada pencemaran udara.

Kumpulan 2B:

Bahan-bahan dalam kategori ini juga berkemungkinan menyebabkan kanser kepada manusia. Walau bagaimanapun, bukti yang terdapat masih terhad kepada manusia dan haiwan.

Contohnya termasuklah telefon bimbit, petrol, aloe vera, sayur-sayuran jeruk, medan magnet frekuensi radio, naftalena, dan ekstrak gingko biloba.

pekerjaan seperti tukang kayu, kerja dengan bitumen, pencuci kering, dan industri pembuatan tekstil juga terdedah kepada risiko ini.

Kumpulan 3:

Bahan-bahan dalam kategori ini tidak diklasifikasikan sebagai penyebab kanser kepada manusia, seperti beberapa jenis anestetik, implan payudara silikon, dan pewarna rambut.

Baca:

Waktu bersahur tanpa baca doa ini amat rugi, macam lepas peluang keberkatan Ramadan

Tips naik bas supaya perjalanan jauh lebih selesa, no 3 paling penting

Resipi sambal bilis buka selera, stok sahur kesukaan anak bujang